bila terdetik, pasti aku berkongsi

Tuesday, 25 December 2012

RESEPI TURUN-TEMURUN: SAMBAL KACANG

Assalamualaikum....

hai..hai..hai...buat apa je kalian semua tengah-tengah cuti ni? (lagi best layan cuti tengah cuaca hujan saja memanjang..hikhikhik..sejukkkkkkkkkkk).



oleh kerana hari ni CI ada sikit masa terluang, mahulah rasanya share resepi rahsia bonda tercinta. resepi sambal kacang versi bonda. AWAS ya! ini bukan resepi sambal kacang yang kita makan time pagi raya tu dengan nasi impit ya. ini resepi sambal kacang special come from mommy kitchen ..hehehe.. 28 tahun CI membesar dengan sambal kacang ni, rugi rasanya kalau tak abadikan ia dalam bentuk tulisan (kot-kot la cucu cicit CI nanti nak meneruskan resepi turun-temurun ni. bolehlah diaorg tengok belog nenek dia..wahahaha..:P)



actually, resepi kacang ni lebih sesuai untuk dimakan bersama ulam-ulaman kampung (ceh! macam la ada nama ulaman bandar..kehkehkeh). ok la, malas la nak babel-babel panjang-panjang berjela, mempersembahkan.....RAHSIA KECINTAAN SAMBAL KACANG SEDARI ZAMAN HINGUSAN...




taraAAAAAAAAA..................................................



bahan-bahan yang diperlukan :-

> 6 biji bawang merah kecil
> 1 @ 2 biji bawang besar
> 15 biji ladang kering (ye ke biji? ke ulas? ala...korang faham-faham sendiri la. CI pun tak tahu la). oh ya! siapa yang suka makan pedas sampai berasap telinga, bolehlah letak banyak-banyak. terpulang pada selera korang ;)
> 1/2 kg kacang (bukan kacang rebus ye...)
> gula secukup rasa
> garam secukup rasa
> serbuk perasa (kalau siapa-siapa yang suka letak la pak ajinamoto)
> 4 keping gula melaka/ gula kerek (orang kelate kata)
> sayur kangkung, kacang panjang, pucuk seroja, daun gajus, pucuk ketenggek, (dan ulam-ulam kampung yang lain..ikut suka tekak korang la nak telan apa..citarasa masing-masing..huhuhu)

cara-cara membuatnya :-



~ bakar semua bawang merah kecil dan bawang besar diatas api supaya menjadi kekuningan seperti gambar diatas.(CI letak jer atas dapur gas, susun elok-elok kat tepi-tepi api tu). kemudian, bila bawang-bawang tadi sudah kekuningan, ada hangit sikit, garing sikit, (masa bakar ni, bawang-bawang ini mengeluarkan bau yg wangi sikit) ambil ia dan potong kecil-kecil bawang yang telah dimasak tadi supaya mudah untuk di tumbuk didalam lesung batu nanti.

~ goreng lada kering didalam kuali sehingga nampak garing sedikit macam gambar diatas juga.

~ kemudian kesemua bahan-bahan yang telah dibakar/digoreng tadi akan di tumbuk didalam lesung batu sehingga hancur seperti kita mengisarnya dalam blander. (kalau nak guna blander pun boleh untuk kisar semua bahan-bahan ni. tapi CI lebih suka pakai lesung batu sebab time makan ada rasa nikmat yang lain sikit bila menggunakan blander..huhuhu)





~ goreng kacang sehingga masak.

~ kemudian ramas kacang yang telah digoreng untuk membuang kulitnya. (AWAS YA! JANGAN KATA CI TAK INFORM AWAL-AWAL.. kalau kacang masih panas, sila pakai sarung tangan supaya tangan korang tak melecur)




~ 4 keping gula melaka ini kemudiannya dipotong hancur dan digaul bersama bawang yang telah ditumbuk/ diblander tadi bersama lada kering




~ kacang yang telah diasingkan kulitnya tadi, kemudian ditumbuk sehingga hancur mengunakan batu lesung. jika mahu guna blander kering, boleh juga.(tapi macam CI tulis tadi, CI lebih suka guna lesung batu dari mengguna blander)

~ nak buat iklan kejap! sebenarnya, apa-apa makananlah. kalau kita kisar menggunakan lesung batu, ia lebih sedap sebenarnya! rasa kekampungan itu  dalam masakan akan lebih terasa kenikmatannya! ~




~ bawang dan gula yang telah hancur tadi akan menjadi seperti diatas setelah digaul kesemuanya.

~ bila kesemua bahan-bahan (bawang, ladang kering, gula melaka) semuanya sudah sebati, masukkan kacang yang telah hancur tadi ke dalam acuan. kemudian gaul rata sehingga semuanya sebati. jangan lupa letakkan juga garam, serbuk perasa (jika mahu), gula (jika tidak memadai dengan gula melaka).

~ bila semuanya sebati, rasa manis, pedas, masin ada, bolehlah dihidangkan untuk dimakan. selebihnya boleh disimpan didalam bekas kedap udara untuk disimpan didalam peti sejuk (bukan di bahagian PETI BEKU ya). jika mahu makan lagi bolehlah dikeluarkan. selalunya sambal kacang ni boleh bertahan didalam peti sejuk  selama 3-4 minggu. kiranya sebulanlah =D (jika dijaga seeloknya) 





~ sambal kacang tadi boleh dihidang bersama ulam-ulaman ya. kali ni CI celur/rebus kacang panjang bersama kangkung sebagai hidangan ;)

~ jangan lupa juga...nasi panas bersama ikan goreng...perghhhhhhh...hujan-hujan layan sambal ni memang boleh bertambah nasi 2,3 pinggan ni..wahahahaha....

ok. itu saja nak share. mudah saja bukan?

~ SELAMAT MENCUBA ~


~LOVE-LIFE-FAITH-FATE~


2 comments:

drInspirasi said...

Menarik. InsyaAllah akan mencubanya. Resipi turun menurun.

cahaya inspirasi said...

selamat mencuba :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...