~~ RESEPI TURUN TEMURUN : PAVLOVA IN THE HOUSE VERSI CIK NUR ~~

Assalamualaikum...

Oleh kerana  sekarang semua dilanda demam PAVLOVA dan DURIAN CREPE (aku pun tak terkecuali), sukalah rasanya aku nak berkongsi hasil air tangan aku dengan kalian semua... enjoy~~~

MEMpErsemBAHkan.....TARAaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....




 P-A-V-L-O-V-A in the house ^_-



Bahan-bahan yang diperlukan adalah: 







4 biji PUTIH telur
1 cawan gula kastor (CI guna 1/2 cawan saja sebab tak suka manis)
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka masakan
1 sudu besar tepung jagung



Bahan-bahan untuk topping/hiasan:






1 cawan whipping cream ( kalau suka banyak, letak la banyak macam aku. whipping ni sedap)
1 sudu kecil esen vanilla (aku tak letak pun. ni just untuk bagi bau wangi)
1 1/2 sudu besar gula halus (tapi aku tak letak sebab whipping yang aku guna ni dah manis.
buah-buhan (ikut suka korang nak hias dengan buah apa. tapi nasihat aku biarlah seimbang. sebab whipping cream tu dah semulajadi ada "kemanisan". jadi pilih la buah-buahan masam macam strawberry, anggur dan kiwi)



Tip sebelum membakar/membuat adunan:





1- pastikan dan periksa peralatan yang hendak digunakan bersih dari sebarang air dan minyak. lain la kalau korang jenis tak kisah. tapi nanti jangan duk kata dalam hati "apahal la meringue aku tak bertanduk langsung macam aku cakap tu ya?" heh...(aksi tanduk ni penting taw!!)





2- asingkan telur kuning dengan putih sebiji-sebiji (kang nanti ada pulak bulu ayam ke, anak ayam tak cukup umur ke. telur busuk ke..hehehe)





3- kemudian baru masukkan dalam mangkuk untuk diputar menggunakan mixer sehingga kental.




Cara-cara membuat adunan:





1- pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. kalau ada stand mixer lagi mudah. tinggal tengok dan lihat saja. tangan tak payah kerja. pukul sehingga adunan menjadi "soft peak form". apa eh istilah melayu dia? (maaf la aku tak tahu nak explain macam mana....korang rujuk la setiap picture yang aku attach ya ;) )



2- kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sedikit demi sedikit sambil terus putar adunan. masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum berkilat. pastikan gula tu semua hancur. korang pasti dapat membezakan bunyi antara masa ada gula dalam adunan dengan bila gula dah sebati dengan adunan.



3- teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. hewhewhew.. jangan risau ya, ini tanduk baik punya. kalau dah bertanduk tu maknanya menjadilah meringue korang. jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. pukul lagi sampai nampak adunan macam ada tanduk..hehehe



4- masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

***tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk tajam dihujung. nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. kalau tak jatuh tu, confirm menjadi. agak-agak ada yang berani tak buat???



5- masukkan tepung jagung dan cuka. gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu. bukan senduk kari ye...! kang ada pulak rasa kari dalam pavlova. (tapi aku terus saja guna mixer lagi mudah. HASILNYA macam gambar kat bawah ni...)




nampak tu macam tajam bertanduk (hahaha) ^_^





6- buatkan garisan bulan di atas kertas minyak (parchment paper). tapi aku tak guna kertas minyak pun sebab aku guna loyang TEFAL (tak melekat pun huhuhuhu...tapi atas nasihat, lebih baik guna la untuk kebaikkan agar mendapat meringue yang sempurna dan tak hangit)






7- bentukkan meringue mengikut bulatan/segitiga/segi empat/love yang kita lukis (terpulang pada jenis loyang yang digunakan). pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. konon macam tebing pendek la kan. TAPI aku buat ikut suka hati aku sendiri)

***tuang je adunan dalam loyang. lepas tu sapu rata. tapi tak rata-rata juga. ikut suka hati korang la ye.hehehe













8- sambil-sambil nak tunggu meringue dibakar, boleh la potong-potong buah ikut kecintaan hati korang. yang penting basuh dulu buah-buah tu dengan bersih kemudian tos supaya tak berair buah korang. kang hancur terus meringue korang lepas tabur buah..hehehe 


Masa membakar:


1- panaskan oven pada suhu 150' C. CI panaskan 10/15 minit lebih awal. letakkan rak di tengah bahagian oven.



2- masukkan adunan meringue. dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140' C. bakar selama 1 jam (yang ni CI tak ikut. CI masak 30 minit je. terpulang la. tengok pada kekuningan/coklat muda meringue tu.). pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. bila api tak cukup panas pun tak kena juga. nanti lama pula nak masak. tak la nanti korang berkampung depan oven sampai 2,3 jam..hikhikhik..pandai2 la mengagak ye...)








3- masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda/kekuningan. bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. tutup api. biarkan pintu oven sedikit terbuka. jangan keluarkan meringue terus dari oven. tunggu sehingga sejuk. 



















4- dah sejuk, keluarkan meringue dari loyang dan pindahkan dalam pingan/bekas lain (tapi kalau nak terus gunakan loyang pun boleh. ikut la citarasa masing-masing ;) 



Cara menghias:



1- pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. (CI guna mixer. paling mudah dan hasilnya cukup sempurna!.)

***tengok gambar kat bawah. nak tahu whipping tu dah sempurna ke, tidak. try telangkup atas kepala. kalau tak jatuh memang confirm menjadi. (tapi tak payah la telangkup atas kepala, kang ada pulak yang mandi whippig cream.hehehe.. cukup la sekadar sengetkan bekas. kalau whipping tak bergerak dan duduk statik jer dalam bekas maksudnya menjadi la tu)

2- bila whipping cream dah kental. masukkan gula dan esen vanilla, pukul sehingga sebati. (ini bagi yang nak lagi manis dan nak ada bau wangi sikit kat whipping. letak la esen vanilla. tpai CI tak letak ya.)




3- masukkan whipping cream dalam bekas/plastik. kemudian simpan dalam peti ais beku sekejap. bila nak deco baru keluarkan. tapi CI terus hias saja atas meringue sebab nak terus melantak.hehehe







 






bila rasa nak makan baru tuang/picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong tadi. kalau hias awal sangat takut nanti pavlova tu berderai. (ni bagi yang nak makan lambat la yeeee....)



  
sedia untuk dimakan. 

selamat mencuba.

~love-life-faith-fate~

thanks for reading ;)



2 ulasan:

cik erin

Tq CI..tgk kat masterchef hr tu, lbh kurang gini la resepinya. Tp dia ada letak serbuk meringue. Tp serbuk tu rupa mcmana pun x tau..haha

cahaya inspirasi

almost welcome puan erin..nanti try la buat lepas tu upload kat FB ok.nak tengok ;)

pasal serbuk meringue tu, nanti pergi kedai kek, tanya kat diaorg. mesti diaorg ada jual. boleh la tabur atas pavlova :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © Love ~ Life ~ Fate ~ Faith | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in