bestnya kalau dapat satu!

Assalamualaikum.. 

Hai..hai...hai semua...ok hari ni kita beralih selera entry kita kepada barangan koleksi peribadi yang menjadi idaman hati setiap manusia. (bosan juga kan asyik-asyik dengar cerita aku menceceh pasal makan, resepi, masalah sejagat dan seangkatan dengannya..hikhikhik). Yok kita bertukar selera...


Dewasa ini, ratusan malah ribuan lambakan design camera dah mula memasuki pasaran Negara TERCINTA kita. Tapi sebagai manusia yang sangat memilih dengan koleksi yang melambak dipasaran membuatkan aku jadi sukar untuk mendapat sesuatu yang tepat dengan citarasa diri sendiri. (kadang-kadang jealous tengok kawan-kawan seangkatan memiliki camera impian macam pilih tudung di lambakan lelongan :p) 


Dan setelah berhari-hari diterjah oleh iklan SAMSUNG GALAXY CAMERA di kaca tv membuatkan jiwa aku kacau-bilau sampai menjejes-jejes air mata nak memilikinya (hyperbola gila statement! memang tak boleh blah!). Dengan kuasa sepantas kilat sebab tak mampu lagi menahan perasaan asyik terkenang-kenang hingga terbawa-bawa dalam mimpi (statement macam SAMSUNG GALAXY CAMERA dah ada dalam genggaman. ish..ish...ish...), CI dengan majunya meng"google" laman sesawang SAMSUNG untuk melihat kecanggihan SAMSUNG GALAXY CAMERA


Jadi, dengan berbekalkan semangat yang belum turun-turun lagi, sukalah aku nak berkongsi dengan kalian keCINTAan terbaru aku. hikhikhik..oh! sungguh mencairkan jiwa raga... HEY... YOU MR SAMSUNG GALAXY CAMERA! WHY YOU SO OHSEMMMMM MEY???? (nampaknya ini dah termasuk dalam wishlist 2013 aku nih!)


Lai...lai..lai...mari kita menCUCI mata ....














































































































OK..itu je nak share dengan kalian hari ni.

**eh! ada siapa-siapa yang dah memiliki SAMSUNG GALAXY CAMERA ni?? kalau ada, boleh la share perasaan kalian kat ruang komen dengan aku... boleh juga share harga pasaran yang kalian dapat. (setakat ni aku tengok komen-komen orang yg kat FACEBOOK SAMSUNG MALAYSIA harganya dalam lingkungan RM1799-RM1899). share juga apa KELEBIHAN dan KEHEBATAN gadjet CANGGIH LAGI OHSEMM ni. kot-kot la boleh menambahkan lagi perisa jealous dihati aku :P


Sehingga ketemu lagi di lain entry..

~love-life-faith-fate~

thanks for reading ;)


****NANTI KALAU SAMSUNG GALAXY CAMERA ni dah berada dalam genggaman, aku akan share kenapa aku suka dengan camera ni =D
****ada siapa-siapa tak yang sudi nak bagi SAMSUNG GALAXY CAMERA ni sebagai hadiah kat aku =D 
****KREDIT ALL PICTURE TO SAMSUNG MALAYSIA

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © Love ~ Life ~ Fate ~ Faith | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in