HAPPY BIRTHDAY FOR ME ^_^

assalamualaikum.. SALAM RAMADHAN UNTUK HARI KE-20 (walaupun hakikatnya entry ni dah di taip sejak ramadhan ke-10 yang lalu). rasanya dah lama bukan cik nur tak updated apa-apa entry. hurm...banyak benda nak share sebenarnya. rasanya dah hampir 10 entry yg dah bertaip separuh-separuh tapi masih lum sempat untuk publish. HILANG? mana ya cik nur hilang..? hilang banyak sebab ni. alasan lagi! wahaha..nampak sangat suka buat alasan. nak wat camner dapat blogger sesuka hati jer nak menaip entry..ikut mood kan. maklum la sejak akhir-akhir ni dah mula sedar akan apa yang patut dikongsi. dah mula sedar kepentingan menaip. dah mula sedar jenis entry yang macam mana nak share dgn u all.


ok...sempena birthday yang lepas..saja je nak share happy moment with u guy. don't be so jealous. mungkin juga jangan sekali-kali fikir cik nur nak menunjuk-nunjuk. alhamdulillah rezeki masing-masing. thank a lots pada penderma-penderma hadiah yang tak ternilai utk si tua ni. terasa malu bila dah meningkat dewasa dapat hadiah mengalahkan si kecil yang baru mengenal erti "sambutan ulangtahun kelahiran". kehkehkeh =)



oh! ini hadiah dari diri sendiri untuk diri sendiri. tahun ni lain sikit sebab ini tahun pertama sambut hari lahir dibulan yang penuh berkat. doakan moga impian cik nur tercapai ya. AMIN...



syukran kasiran untuk kekanda tercinta sebab bagi this lovely bag! pink tu dah sama tema dengan dress kat bawah nunnnnnn..hikhikhik



1 dress, 1 belt, 1 pashmina and 3 tudung bawal. thank a lots!



telekong lagi.. terima kasih. senang nak bawa kemana-mana. apa yang penting this color so teruja masa dapat tu! SEBAB? sama tema tu dengan warna baju raya tahun ni!



gara-gara nak raya, dapat cadar baru. hikhikhik..so happy! dah sama tema dengan warna baju raya tahun ni juga!



yang ni..nak ucap terima kasih kat diri sendiri sebab dah sanggup mengumpul serta membazirkan wang untuk hadiah terbaik sempena dah masuk angka ke-28! harap-harpa lepas ni makin maju dan laju serta rajin la nak menaip entry..hahaha



dan yang terakhir...sempena masuk ke angka 28. SYUKRAN YA ALLAH, SYUKRAN YA RAHMAN, SYUKRAN YA RAHIM...ini hadiah yang paling tak ternilai dalam hidup dan yang pernah di terima disaat menyambut ulangtahun kelahiran. mungkin inilah this moment yang akan kekal hingga hujung nyawa untuk dikenang.! 
1- setelah bertahun menanggung kesakitan, akhirnya tanggal 10 julai yang lalu, cik nur selamat menjalani pembedahan pembuangan tonsil. alhamdulillah segalanya dipermudahkan. syukur kehadrat illahi=)
2- disaat jiwa dilanda rundum sebab terima tarikh untuk pembedahan yang secara mendadak tanpa signal pada 6 julai yang lalu, pada hari yang sama cik nur dapat berita happy untuk memujuk hati. power mata cik nur dah turun (pasni dah bleh kurang-kurangkan pakai spec) i like!. harap dah tak rabun. power dr 300 kiri dan kanan dah turun ke 175. alhamdulillah sekali lagi. dan akhirnya ubat pemujuk hati setelah bertahun-tahun merajuk dengan SPA..mereka memanggil untuk menghadirkan diri untuk menduduki exam untuk jawatan yang sangat diidam pada tanggal 28 julai yang lalu. alhamdulillah segalanya ALLAH permudahkan untuk cik nur walaupun persediaan untuk exam itu sangat kelam kabut dan suntuk sebab baru pas menjalani operation, dengan study entah ke mana. . tapi cik nur cuba juga study. moga ada rezeki berpihak pada cik nur nanti. AMIN.  


ok, cukuplah untuk hari ini cik nur membebel setelah berbulan tak menaip. moga kalian pembaca setia cik nur masih sudi membaca entry yang tak seberapa ini. nampakkan betapa sesak dan kelam kabutnya kehidupan dan jadual cik nur sejak entry terakhir yang lepas? moga kalian faham kenapa kehilangan berlaku disitu..hihihi..apa-apa pun semoga kalian sentiasa dalam rahmat-NYA. terima kasih sudi baca entry yang tak seberapa ni. moga kita ketemu dilain entry..mana tahu malam nanti rajin nak taip lagi.;)


***ramai ke semalam skip solat terawikh beratur kat baskin robbins=D
***semoga puasa 10 malam terakhir ini, kita gunakan sebaik-baiknya.. doakan untuk cik nur ya;)
***(serius cakap, soalan-soalan exam SPA memang soalan maut)



~LOVE-LIFE-FAITH-FATE~



0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © Love ~ Life ~ Fate ~ Faith | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in