AHLAN WASAHLAN YA REJAB

Assalamualaikum... apa khabar semua pembaca cahaya inspirasi? doa nur, moga kalian berada dalam keadaan sihat hendaknya. Lama rasanya jari-jemari ni tak menari kat atas key board memerah idea untuk berkongsi dengan kalian. Sebenarnya banyak perkara yang nur mahu kongsikan bersama kalian pembaca tersayang, tapi kekangan masa dan idea serta jari-jemari seolah-olah tak mahu bekerjasama dengan nur sejak kebelakangan ini membuatkan nur hilang mood nak menaip sesuatu yang indah untuk tatapan pembaca. Tapi hari ini, nur cuba juga untuk berkongsi sesuatu yang bermanfaat bersama kalian. :-)


Diam tak diam, kalian perasan tak kita dah nak masuk ke bulan REJAB? Diam tak diam juga RAMADHAN juga bakal menjengah kita. Diam tak diam juga dah hampir setengah tahun kita menginjak ke tahun 2012. Apa yang nur harapakan sepanjang tempoh 4 bulan 21 hari ini, segala yang berlaku untuk 2012 adalah semua yang baik-baik saja untuk kita semua. Mana yang kurang tu, mungkin ia adalah sebahagian perkara yang datang melewati kita untuk menjadikan kita lebih dewasa dan matang dalam menghadapi kehidupan yang mendatang.


Ok lah, dekat bawah ni, nur kongsikan bersama kalian doa untuk memasuki bulan Rejab. Mana yang boleh solat (perempuan la kan) boleh la baca lepas solat maghrib nanti. Mana yang tak boleh tu, sapa kata tak boleh baca kan? boleh...kalian pun boleh baca. Lepas maghrib nanti, kalian sarung tudung, ngadap kiblat, kemudian baca doa ni. Yang lelaki pulak mestilah boleh bacakan? korang bukan ada cuti apa-apa pun. Jangan malas-malas ya. Doanya pendek saja. Tak lama pun masa yang diambil. Lepas tu, korang jangan la lupa doa untuk kedua ibubapa, keluarga, sahabat dan diri kalian sendiri. Moga segala doa kita akan dimakbulkan. AMIN.






Rasanya cukup la untuk hari ini. Sehingga ketemu lagi di lain entry. Jangan lupa puasa sunat (esok) ya kalian ;-)


~ life-love-faith-fate ~

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © Love ~ Life ~ Fate ~ Faith | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in