FIKIR 5 SEBELUM 5 VERSI CINTA BUAT EMELDA

Assalamualaikum...selamat pagi semua..selamat bercuti hujung minggu untuk semua pembaca aku. semoga kalian sihat-sihat dan ceria selalu.


Lamakan aku menghilang? Bukan sengaja, tapi ada sedikit research yang aku sedang lakukan. Sikit hari lagi pasti aku kongsikan bersama kalian. Tunggggggggggggggggggu;)


Sementara tak nak menanggung beban "rasa bersalah" terhadap blog kesayangan + rasa bersalah terhadap follower yang Alhamdulillah semakin bertambah walaupun aku dah lebih sebulan tak updated berita terkini makanya hari ini aku ingin kongsikan sesuatu input yang aku dapat sepanjang menonton CBE (CINTA BUAT EMELDA. Actually siri drama ni sedang ditayangkan di TV-3 setiap Isnin - Khamis jam 7-8 malam. Tapi aku tak berkesempatan untuk mengikuti sirinya. Jadinya aku hanya sempat download kat sini... kat belog ABANG KEPALA BERGETAR dan baru dapat menghabiskan sebanyak 4 episod. Ada tak pembaca-pembaca CI mengikuti siri drama ni??? bestkan? yang pasti sepanjang menonton keempat-empat episod ni, pengarah drama ni berjaya buat ayor mato aku berjurai-jurai menitis menyembah bantal cute aku. bhahaha..drama ni punya pasal, jadi ratu air mata aku tau. Mungkin juga sebab aku dah terlebih dahulu khatam sebanyak 15 kali baca novel drama ni kot. tu yang touching terlebih-lebih. Emosi dah sebati dengan jiwa raga kehkehkeh....:D


Ok lah..aku tak mau membebel panjang lebar. Jom..aku nak share apa input yang aku dapat tu.


Apa yang aku ingin kongsikan bersama kalian adalah...cekidout------->

* sebelum kita mengeluh pasal tak ada apa, kita memikirkan pasal orang yang meminta-minta di tepi jalan.


* sebelum kita mengeluh pasal nasib kita malang, kita fikirkan pasal orang yang hidupnya lebih malang dari kita.


* sebelum kita mengluh pasal suami atau isteri, kita fikirkan tentang orang yang memohon pada ALLAH supaya dapat jodoh.


* sebelum kita mengeluh pasal masa, kita fikirkan tentang orang yang meninggal terlalu cepat.


* sebelum kita mengeluh pasal anak, kita fikirkan tentang seseorang yang menginginkan anak.


Semoga apa yang aku kongsikan ini juga, membuatkan kalian juga terfikir seperti aku. renung-renungkan, fikir-fikirkan dan selamat beramal...;)



~ life-love-faith-fate ~

2 ulasan:

cahaya inspirasi

terharukan? CI siap nangis dengar kata nasihat ni..huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © Love ~ Life ~ Fate ~ Faith | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in