JUJUR AKU DAYUS...banyak pengajarannya

Assalamualaikum...siapa tengok citer slot cerekarama TV3 malam tadi???serius nur nak cakap, siapa tak menonton cerita ni malam tadi..."YOU GO WATCH BETTER"...kenapa nur kata rugi? kenapa nur nak sangat kalian menonton? SEBABNYA....................TERLALU BANYAK PENGAJARAN yang akan kita dapat sepanjang menonton cerita berkenaan. Okeylah-okeylah, nur tahu ada diantara kalian mungkin tak sempat menonton sebab tengok chanel lain ke, gi dating ke, terlupa ke, buat-buat lupa ke, mengantuk ke,..hikhikhik...so, dengan murah hatinya cik nur nak share dengan pembaca-pembaca cik nur PENGAJARAN di sebalik DRAMA: JUJUR AKU DAYUS!


1- jadi parents, tidak bermakna kita tidak boleh KATA TIDAK kepada anak-anak kita. didik dan dorong mereka kearah kebaikkan.

2- yang pertama-tamanya mestilah untuk pasangan kekasih, kalau dah benar-benar korang suka dan sayang dan memang yakin sidia tu pasangan terbaik kalian, cepat-cepat jumpa parents. berterus terang, jujur dan bertanggungjawablah dengan hati kalian sendiri.

3- berubahlah ke arah kebaikkan. tugas seorang suami itu, MENDIDIK ISTERI.

4- TEMPAT SEORANG ISTERI itu DISISI SUAMI apabila berumah tangga.

5- jagalah AURATMU, HARTA BENDA SUAMIMU, MARUAHMU apabila berjauhan dari suami. kerana sebaik-baik seorang isteri itu, adalah isteri yang solehah.

6- doa ornag yang soleh itu akan dimakbulkan.

7- JANGAN terlalu cepat syak wasangka walau yang terjadi di depan mata itu 1 kenyataan yang amat memeritkan. lebih baik bercakap dan berbicara sejujurnya dari hati ke hati. 

8- gunakan orang TENGAH yang benar-benar boleh dipercayai dalam memberi pendapat, mendengar pemasalahan kita dalam rumah tangga. itupun selepas tiada jalan penyelesaian. sebagai manusia kita harus berusaha!

9- JANGAN semudahnya mempercayai BEKAS KEKASIH andai diajak ketemu lebih baik berfikir untuk 2,3 @ 10 kali untuk kebaikkan diri sendiri dan rumah tangga. kalau nak jumpa juga, bawa teman untuk berjumpa supaya tiada hal-hal yang buruk akan terjadi.

10- SYURGA SEORANG ISTERI ITU DI BAWAH TAPAK KAKI SUAMI...

okey, itulah antara pengajaran yang nur dapat sepanjang menonton DRAMA JUJUR AKU DAYUS..rugilah sapa-sapa yang tak menonton drama ni..


~~life-love-faith-fate~~

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © Love ~ Life ~ Fate ~ Faith | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in