BUKAN MUDAH MENJADI DEWASA 1 : hari-hari berkejar nak masuk dapur supaya ilmu masakan tak terhapus dari minda.

Assalamualaikum..ahaiiiii..panjangnya tajuk entry cik nur. hahahaha...dah tua-tua ni sel otak ni macam tak nak bekerjasama pula bila matahari dah terpajak atas kepala untuk cari tajuk yang lebih pendek dan sesuai. Apa-apapun let's me introduce what i mean..cewah..speaking london der..haktui! buruk benor gayanya. Mentang-mentang la cik nur baru pas exam public speaking..kuikuikui...


Ok-ok, hari ni malas nak bergurau-senda berlebihan sebab tajuk pun macam serius semacam jer kan? ahaaaaaa...serius?sejak bila cik nur pandai serius ni?waaaaaaaaah korang, sesedap je kata cik nur tak pernah serius kan.hikhikhik...


Apa yang buat cik nur nak share sikit dengan kalian pasal entry ni sebab musababnya adalah contoh yang paling dekat dengan diri cik nur sekarang. Maka dengan rasa baik hati, cik nur teringin nak share dengan adik-adik yang cik nur rasa sedang meningkat dewasa. Yang sedang seronok-seronok nak explore tentang betapa hebatnya jadi insan yang bakal menginjak ke alam remaja seterusnya meningkat dewasa (serius cik nur cakap, BUKAN MUDAH MENDAJADI DEWASA!!!). Kalau boleh masa remaja ni la, semua benda, semua hal korang teringin nak buat. Yang baik, yang elok, yang kurang baik, yang kurang elok, yang worse, yang terlebih worst..semuanyalah korang teringin nak buat. Tapi itu semua cik nur rasa, it's normal dear when you under the age! but..biarlah berpada-pada. Fikir panjang. Fikir masak-masak. Fikir baik dan buruknya setiap apa yang korang teringin nak buat tu. Jangan terlalu ikut dorongan nafsu yang bersifat "teringin" tu dalam diri korang. Adakalanya korang tak payah la terlalu nak berkompromi dengan jiwa dan sifat teringin korang tu. hah...itu yang lebih baik sebenarnya untuk masa depan korang. For examples....kalau kita nak jadi baik, kita kenalah berkawan dan cari kawan yang baik-baik. Begitu juga sebaliknya. Macam tu juga kalau korang rasa nak jadi pandai, korang kenalah berkawan dengan orang yang bijak-bijak dan korang sendiri pun kena bijak untuk menjadi bijak. Eh! betul ke penggunaan ayat cik nur ni? Harap-harap betullah ye. Korang faham kan apa yang cik nur nak sampaikan kan kan kan??? haa..kan dah melalut-lalut ke laut dah muqaddimahnya..haishhhhh...ate...inilah dia bila cik nur dah mula menaip. Banyak pulak simpang siuhnya.


Straight forward je la senang ya. Kang jadi karangan 40 perenggan pula. haish...susah betul bila sel otak dengan sel jari-jemari ni nak bersatu padu mengerah tenaga dan keringat. Saje la tu kan nak buli-buli hati yang berbolak-balik ni..(toing! ada kena-mengena ke??).


Berbalik pada tajuk di atas, cik nur sekadar nak berkongsi dan menyeru agar adik-adik yang masih bersekolah ni rajin-rajin la masuk dapur sementara korang masih punyai masa lapangan untuk ngadap muka buku di petang-petang hari. (ceh...ni betul taw! sebab cik nur selalu perhatikan kat muka buku tu. adik-adik ni ada je masa free.:P). Cik nur kata macam ni bukanlah nak kata cik nur rajin sangat masuk dapur, TIDAK YE ADIK-ADIK COMEL! tapi adalah juga. Namanya pun perempuan kan. Tak lengkap rasanya kalau satu hari tak menyibukkan diri kat dapur. Tapi tu semua DULU ok! DULU! sila terima kenyataan sebab sekarang ni cik nur sendiri seolah-olah terkejar-kejar nak masuk dapur. Padahal nak kata ada suami yang nak kena layan, TAK ADA. Nak kata ada anak yang terpekik, terlolong menangis-nangis berebut mainan dengan si abang pun NON ADO! haish...itulah dia ye adik-adik comel sekelian alam! Inilah dia contoh paling mudah korang tengok dan ambik iktibar. Like me!


KENAPA CIK NUR CAKAP MACAM TU?


Sebabnya adik-adikku sayang, DULU...cik nur ni budak-budak sekolah pastu student college kemudian penganggur terhormat, makanya banyak masa terluang untuk mempraktis dan mempelajari ilmu masakan. Tapi SEKARANG...cik nur, wanita bekerjaya yang sangat sibuk (adakalanya!..kadang-kadang sibuk buat-buat/memang sibuk) jadinya masa untuk masuk dapur tu memang TERHAD! Kalau dulu duduk rumah bujang masa keje nak @ tak nak, penat @ malas memang kena juga masak sebab cik nur dengan my bff merangkap teman serumah memang tak suka makan luar. (bukanlah nak tunjuk rajin or hebat. tapi itulah kami..ceeewah). KECUALI kalau kami dua-dua memang dah tak larat a.k.a terlalu penat (ni tahap kalau boleh sampai rumah, nak mandi-mandi, solat pastu terus tidur) barulah kami cari makan kat luar. {-_-}


tapi sekarang lagi dahsyat!


KO INGAT DAH KEJE NI ADA MASA KE NAK MASUK DAPUR???

adalah ko masuk hari-hari, itupun sekadar untuk memenuhkan perut sendiri jer. itupun mak masakkan sebab ko duduk dengan family. cuba bayangkan kalau duduk bujang? mahu hari-hari ko beli lauk kat kedai. sapa yang kaya? mamak juga! mak cik bedah juga! pak cik ali juga! hah...tu la dia, semua nak jadikan alasan! ye inilah yang terjadi dengan cik nur sekarang. nasib la duduk dengan family. kalau tak, tak tahu la. tapi cik nur tetap tak jadikan itu alasan. walau sibuk macam mana atau lewat macam mana pun balik keje, cik nur pastikan cik nur tolong juga kat dapur, paling tidak tolong masak nasi untuk makan malam @ goreng ikan @ goreng sayur dan semestinya panaskan lauk serta hidangkan dan tolong basuh pinggan. kalau sempat juga sebelum masuk tidur, cik nur tolong sediakan bahan-bahan untuk mudahkan mak memasak esok harinya. tapi weekend, cik nur akan pastikan cik nur yang buat semua benda (memasak, basuh baju, kemas rumah, lipat baju, basuh pinggan dan lain-lain). jangan kata cik nur nak tunjuk hebat ya. ni sekadar perkongsian ilmu dari cik nur untuk adik-adik dan perempuan-perempuan seusia cik nur di luar sana. Dan dikesempatan ini, cik nur nak ucapkan BERIBU, BERJUTA, BERBILLION TERIMA KASIH untuk EMAK cik nur, sebab dia yang banyak didik cik nur dari kecil untuk jadi perempuan dalam erti kata sebenar. Dan cik nur cukup bersyukur, walau banyak mana sekalipun kerja-kerja rumah yang cik nur kena buat dan lakukan, cik nur masih punyai masa rehat. Itupun berkat ajaran dari EMAK! thank you mak! love u soooooooooo much! muah! muah! muah! apa tips nya? korang nak ke? ala tak payah la. penat dah menaip ni tahu. (nasib keje tak banyak hari ni). nak juga ke tips nya???nak? ok la..oleh kerana cik nur baik hati dan mempunyai masa yang terlebih dan terluang, maka dengan baik hatinya cik nur nak kongsi tips nya. 

TIPS NYA MUDAH SAJA...

"memang dari kecil emak cik nur dah biasakan kami adik beradik, time buat keje JANGAN buat SATU  je dalam satu masa lepas tu, tunggu. OH TIDAK OK! mak tak suka kami buat macam tu. selalunya, kalau time basuh baju mak ajar kami supaya menyapu rumah. kalau time tengah masak, sambil-sambil tu cuba sediakan bahan-bahan lain untuk masakan seterusnya @ basuh pinggan. silap-silap cik nur sempat juga memasak, lipat baju sambil tengok tv. ahhahaha..selalu cik nur buat :P. tapi yang penting jangan lupa masakan atas dapur. jadi bila kita selalu buat macam tu, masa kita jimat. kita pun ada masa untuk rehat. MUDAH BUKAN?"


KO INGAT BUDAK SEKOLAH BANYAK MASA KE NAK MASUK DAPUR???

sekurang-kurangnya ADA MASA TERLUANG ya adik-adik manis sekalian. masa tu sangat banyak untuk korang explore kat dapur dari korang sibuk explore FB, bertweet-tweet kat twitter, ber stalker artis itu ini kat blog! huhuhu..bukan lah tak boleh buat semua-semua tu, tapi kalau korang pandai gunakan masa yang ada, pasti banyak benda korang dapat buat, belajar dan lakukan. rugi ya adik-adik manis kalau masa tengah sekolah ni korang tak belajar memasak. serius! percayalah! tolonglah percaya! (satu hari nanti bila korang dewasa mesti korang ucap terima kasih kat cik nur sebab tolong ingatkan korang dari sekrang...bhahahaha..perasan lebih der!) bila korang dah sibuk keje, korang dah tak ada masa nak masuk dapur.


"tapi kak nur, saya duduk hostel! mana ada dapur kat hostel. Saya makan pun, mak cik kantin masakkan!"


Hohoho..relax adik-adik manis semua. Jangan jadikan itu semua alasan. Apa yang pasti, korang bukanlah duduk hostel sepanjang tahun. Paling tidak masa balik bercuti tu korang gunakanlah masa yang ada untuk tuntut ilmu masakan turun-temurun dari mak, ibu, mama, ummi, mommy, mungkin juga dari bapa, ayah, papa, walid, daddy (sebab cik nur tahu, ada setengah anak cukup bertuah sebab both of your parents memang pandai memasak). Rugi woooo kalau korang tak ambik, belajar, korek ilmu masakkan dari parents korang.


"tapi kak nur, saya dah masuk U sekarang. macam susah jer nak masak-masak. kelas banyak. dapur mana ada." 

ATAU

"tapi kak nur, saya dah masuk U sekarang. macam susah jer nak masak-masak. kelas banyak. dapur kat umah sewa tu kadang-kadang berasap sebab kitaorg masak maggie jer. tu pun kadang-kadang rendam dalam baldi atau gayung pastu makan berjemaah ramai-ramai"


hahahhahahaha...first thing first kakak nur nak gelak sebab apa yang korang alami tu semua, ia juga menjadi sebahagian kenangan dalam hidup kak nur...(aceh...sila abaikan bila tetiba cik nur menggunakan perkataan kak nur..berhemah kot dengan adik-adik. perkataan haruslah jaga ye pembaca-pembaca sekalian..hakhakhak). Tapi itu semua bukan alasan untuk korang jadikan masa tidak cukup, kelas banyak, assignment melambak, kuiz punya soalan tak study lagi, mid-term punya kertas lum cover lagi, oh! projek final year tak terkejar dan sebagainya. Let me share with you my lovely sisters. Dulu pun kak nur seorang yang macam korang. Biasa la sem first memang duduk hostel. Jadi ilmu masakan tu memang tak digunapakai langsung untuk first sem tu. Tapi bila masuk sem kedua, kak nur dengan kawan-kawan terpaksa duduk rumah sewa sebab quota untuk duduk hotel memang untuk sem pertama saja. So masa ni la kak nur gunakan (idok la ye hari-hari dapur kami berasap masak sedap-sedap). Kalau setakat isnin-jumaat tu selalunya masak benda simple-simple je. (nasi-telur goreng-kicap) tak pun (nasi-telur goreng-sardin) tak pun (nasi-telur goreng-sayur). Tapi bila weekend jer, kami memang selalu gotong-royong memasak (masing-masing nak tunjuk kehebatan/kepakaran diri di dapur..hikhikhik..gurau jer.) tak ada la sampai macam tu, cuma kami suka nak masuk dapur. Rasa puas dapat makan benda yang kita masak sendiri. Kan berbeza kalau makan kat kedai, mana dapat makan banyak-banyak.hahahaha..buruk kan?kihkihkih..well...biasalah kot kalau namanya student! So, masa ni jugalah korang boleh korek-korek, tukar-tukar ilmu masakan dengan kawan-kawan yang berlainan negeri. (dulu masa kak nur dok umah sewa, kawan-kawan kak nur ada dari perak, johor, pahang, KL, selangor) makanya memang masing-masing suka tunjuk cara masakan negeri masing-masing. Best wo korang kalau dapat buat cam ni. Kalau tak caya nanti, korang try la buat! berbaloi!


"tapi cik nur,sekarang saya dah bekerja, duduk pun rumah sewa. balik keje pun dah lewat. selalu beli jer"


ahaaaaaaaaaaaaa...yang ni..NO NO NO NO..JANGAN korang jadikan itu alasan. Pada cik nur, masa ni la korang kena lebih rajin dan explore kemahiran masakan korang! Mana tahu bulan depan ke, 3 bulan lagi ke, tahun depan ke, tak pun minggu depan ke ada orang datang meminang! hah..masa tu tak payah dah korang nak kelam-kabut a.k.a pecah otak nak fikir macam mana nak handle kehidupan lepas kawin sebabnya korang dah latih diri walau balik keje penat-penat pun korang sempat basuh baju, kemas rumah dan memasak. So simple kan? relax ok. SOMETIMES you must think, life is so easy. Just take things for granted! (TAPI INGAT! BUKAN SEMUA KORANG KENA "TAKE THINGS FOR GRANTED DEAR!!")




The hardest part of growing up is that you have to do what is right for you, even if it means breaking someone's heart. Including your own.
There's a story behind every person. There's a reason why they're the way they are. They aren't just like that because they want to.
**segala quote yang ada, cik nur ambil dan kongsi dari FB.  padahal x ada kena-mengena dengan entry. tapi sebab suka nak share;)
**maaf kalau entry ni tersangatlah panjang..:( hopefully kalian enjoy semasa membaca:)
**tu semua pengalaman cik nur jer..kalian pula macam mana?kongsilah:)

~LIFE-LOVE-FAITH-FATE~
 


0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © Love ~ Life ~ Fate ~ Faith | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in