WELCOME 2012, GOODBYE 2011

Assalamualaikum...


Ehem...ehem..ehem...apa kalian tengah buat sekarang?  ngadap langit sambil tunggu bunga api berkelip-kelip? ngadap pc @ lappy sambil memikirkan masa depan? atau sedang duduk termenung sambil merencana sesuatu yang lebih baik untuk hari-hari seterusnya? wokey...walau apapun yang kalian sedang lakukan, aku harap, ianya memberi seribu kebaikkan untuk langkah kalian seterusnya...


Seperti biasa, aku memang takkan ada wishlist semperna masuknya tahun baru sebab semua wishlist CI akan tersenarai masa sambutan AWAL MUHARRAM.. tapi aku tak nafikan mesti ramai diantara kalian mempunyai pelbagai azam @ wishlist untuk tahun 2012 ni. aku doakan semoga segala azam, impian, keinginan dan matlamat kalian akan tercapai sepanjang tahun ni. Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan dan lembayungNYA YANG MAHA ESA dalam meniti hari-hari seterusnya =)


Untuk tahun ni, aku harap kehidupan aku sentiasa dilimpahi dengan kasih sayang, dimurahkan rezeki tak kira dalam apa jua perkara yang aku lakukan. Itu juga harapan aku untuk kalian semua. Dalam dunia berblogging ni pula aku harap ianya lebih baik dari tahun 2011. Maklum la tahun 2011 aku banyak lompat-lompat tulis entry ( kononnya wanita bekerjaya la sangat kan:P ).


Ok la itu saja coeretan aku untuk kali ni. Panjang umur esok kita ketemu lagi dilain bicara. Sempena berakhirnya tahun 2011 ni aku nak ambil kesempatan untuk mengucapkan....-


# selamat tinggal semua kenangan 2011. banyak yang pahit dari yang manis sehingga ke penghujung hari-hari 2011 pun aku masih diuji dengan pelbagai cubaan. Tapi, walau apapun yang terjadi aku tetap bersyukur kerana semua itu tak pernah melemahkan semangat aku dalam meniti hari-hari seterusnya. Malah aku ingin sekali mengucapkan TERIMA KASIH tak terhingga buat  "mereka" yang telah menjadi sebahagian "EPISOD" sepanjang 2011. Setiap apa yang berlaku, benar-benar menjadikan diri ini semakin matang dan kuat dalam meniti liku-liku kehidupan. SYUKRAN YA ALLAH...


# aku juga nak ucapkan TERIMA KASIH untuk kawan-kawan yang datang dan pergi, kawan-kawan yang datang-pergi-dan kemudian datang kembali (walau apapun kalian lakukan dan fikirkan), aku tetap terima seadanya kerana kalian adalah "sebahagian episod kehidupan" aku.


# buat kawan, sahabat, teman yang diri diuji sepanjang tahun 2011, aku harapkan dan doakan semoga kalian tabah dalam menjalani kehidupan harian kalian. Hanya satu pesan aku dari dulu sampai sekarang.. "JANGAN LUPA ALLAH". Bila kita yakin DIA sentiasa bersama kita, kita akan tahu dan percaya bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada sebab dan hikmahnya. Mungkin ia berlaku kerana kekhilafan diri dan dosa kita yang lalu. Jangan takut untuk menghadapinya.


# buat teman-teman yang masih menantikan satu-satunya zuriat yang bakal lahir sebagai penyambung kasih sayang kalian, teruskan berusaha dan berdoa. Jangan cepat melatah dengan ujian dunia. Allah bagi cepat pun ada sebabnya dan ALLAH beri lambat pun ada sebabnya. Yang pasti kalian tetap dalam doa aku.


Ok la, cukup rasanya sampai sini saja. Padahal tadi aku dah macam nak habiskan bicara tetiba teremosi pula menerjah sanubari.. wakakaka..ayat jiwang derrrrrrrr;0


"SELAMAT TAHUN BARU SEMUA!" 




~SEMOGA HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM~






~ LIFE-LOVE-FAITH-FATE ~

6 ulasan:

Anonymous

SYUKUR & ALHAMDULILLAH for this opportunity to continue this journey again ..

cahaya inspirasi

yup! SYUKUR TAK TERHINGGA...moga kita semua sentiasa dibawah lembayung-NYA..

cahaya inspirasi

hahaha..u x tahu ke..ada pembaca i bg singkatan mcm tu pd i.

CI= cahaya inspirasi..:P

Miera"i

dah bace entri yg lain baru i tau,tu singkatan ape...hehe,almklum la baru berjinak balik dgn dunia blog....so terlupe utk mengikuti perkembangan u di blog...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © Love ~ Life ~ Fate ~ Faith | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in