~~RESEPI TURUN TEMURUN = SUP BEBOLA IKAN~~

Assalamualaikum...{*_*}

huuuuuuu..dah lama nur tak update pasal makan..muahahaha. Makanya hari ni tetiba mood rajin nak upload pic makan banyak-banyak...(padahal semua pic ni dah sebulan dok dalam lappy, tapi mood nak update pasal makan tak datang-datang. jadi semuanya jadi bahan simpanan la =P )


ok, malas nak bebel banyak-banyak. nanti tak jadi publish lagi..hikhikhikhik =)


let's go bebeh....bahan-bahan yang diperlukan:-



ada yang tak kenal ke ikan apa ni?
ikan tamban ok ;-)




dah potong dan cuci ikan tamban tadi. 
asingkan isi ikan dengan tulang macam cik nur buat kat atas ni yer.




kemudian, bland semua isi ikan tadi dalam blander kering.
sampai hancur seperti diatas yer sayang-sayang semua.
kemudian, gaulkan dengan sedikit garam sehingga rata. 
(sapa yang suka pak aji tu, letak la sikit)




 kemudian, bentukkan semua isi ikan tadi menjadi bebola.
mudah bukan???




ini bahan-bahan untuk tumis (buat sup)
bawang merah,
bawang putih,
halia,
cili api,
bunga lawang,
bunga cengkih,
kulit kayu manis,
buah pelaga,
asam keping (maaf ler cik nur lupa ambik gambar)




lada hitam 1 sudu besar
**jangan letak semua pulak macam gambar kat atas ni 
sebab kat rumah cik nur memang dah siap bland banyak-banyak macam ni..
biasa la kan...wanita bekerjaya..hihihi




suphoon...(aiyak! betul ke ejaan ni..hah lantak la kan:P)
(cik nur tak tahu la kat umah kalian panggil apa)




tahu kering (ni pun cik nur tak tahu la kat umah kalian panggil apa)




sinamalam - rasa dia masam sedikit
**jadi kalau letak benda ni, asam keping letak 1 je dah cukup ;-)
ni pun cik nur tak tahu kat umah kalian panggil apa..




siap untuk di hidang...{-__-}


p/s: ## pastikan semua bahan2 ditumis sehingga kekuningan.
      ## pastikan juga masukkan air untuk kuah sup mengikut 
           kesukaan kalian (banyak/ sikit)
      ## pastikan supnya menggelegak dahulu baru masukkan bebola.
      ## dan akhirnya tunggu sehingga menggelegak dan bebola timbul. 
           kemudian.padamkan api dan boleh dihindang...=)

SELAMAT MENCUBA!!!



~ life-love-faith-fate ~

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © Love ~ Life ~ Fate ~ Faith | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in