~~RESEPI TURUN TEMURUN = CIK MEK MOLEK & KERIA~~


Assalamualaikum..

Hollah! selamat hari rabu semua. Sebelum nur post entry untuk wordless wednesday, nur nak kongsi resepi ni sebab dah lama sangat jadi pekasam dalam draft post nur. Actually resepi ni nur nak kuarkan masa bulan puasa yang lepas masa Ramadhan yang ke-27 tu. Tapi tak berkesempatan sebab sibuk dengan persiapan raya. Makanya baru hari ni nur sempat nak edit draft ni (nasib baik ingat lagi semua sukatan.huhuhu) {*_*}


Bahan-bahannya adalah:





 

1 kg ubi keledek yang telah dikupas kulitnya. kemudian rebus.
***JANGAN lupa tos yerrrr ;-)



 

secawan tepung gandum.
***nur guna cawan "tea cup" yer...




12 sudu gula pasir.
***nur guna sudu besar.




kemudian, lenyek ubi keledek tadi satu persatu.




bagi hancur seperti ini.




akhir sekali akan jadi seperti ini.




kemudian, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
***jika mahu hasil yang lebih baik, 
uli lah dengan tangan anda yang gebu itu;)




akhirnya



kemudian ambik segumpal ubi yang telah dilenyek tadi  
(sebesar tapak tangan/agak-agak la)
bentukkan ia seperti gambar diatas.





jadikan ia lekuk ditengah-tengah supaya mudah untuk meletak gula
(isian gula ikut kehendak dan selera masing-masing)
nur cuma guna sudu kecil untuk isian gula tersebut.




bagi yang suka kuih keria pula, 
bancuhan tadi juga boleh di bentuk seperti ini ;)




tadaaaa...
setelah siap dibentuk, semuanya kelihatan seperti ini
ada keria, ada cik mek molek





kemudian, panaskan minyak didalam kuali dan
masukkan acuan yg telah dibentuk tadi satu persatu.




setelah siap digoreng ia akan kelihatan seperti ini.
***goreng sehingga nampak kekuningan





bagi kuih keria, ia boleh dibentuk dengan 2 bentuk
terpulang kepada selera masing-masing ;)





lebihan gula untuk kuih cik mek molek tadi 
bolehlah di kisar sehingga hancur
***untuk kegunaan kuih keria





apabila sudah siap digoreng, 
kuih keria tadi bolehlah digaulkan dengan gula 
yang telah dikisar seperti ganbar diatas.
.




tadaaaaa..siap untuk dihidang!
yang kiri tu kuih cik mek molek
yang kanan tu kuih keria.




mudah bukan? 
SELAMAT MENCUBA!






~ life-love-faith-fate ~

2 ulasan:

Anonymous

thanks cik nor sb share this recipe..
nnt nk mntk tlg org rmh buatkn klu dye free..

cahaya inspirasi

welcome..insyaAllah pasti dia akan buatkan utk insan tersayang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © Love ~ Life ~ Fate ~ Faith | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in