IZINKAN AKU...

IZINKAN AKU...
MENCARI JAWAPAN PADA PERSOLANMU ITU,
IZINKAN AKU...
MENCARI APA YANG TERDETIK DI HATI INI KETIKA ENGKAU MENGUNGKAPKAN KATA ITU,
IZINKAN AKU...
MENCARI DI MANA KATA HATIKU BERSEMBUNYI,


SESUNGGUHNYA..AKU TAKUT, TAKUT MEMBERIKAN JAWAPAN KEPADA PERSOALANMU ITU,
BUKAN AKU TIDAK BERSYUKUR DENGAN APA YANG ALLAH TELAH ANUGERAHKAN KEPADAKU,
TETAPI KETAHUILAH OLEHMU,
BAHAWA APA YANG ENGKAU UNGKAPKAN SEMALAM...
CUKUP MEMBUAT AKU TERKEDU, TIADA KATA ATAU UCAPAN YANG MAMPU AKU BERIKAN,
TETAPI...
KU CUBA BELAJAR KUATKAN HATI BERDEPAN REALITI,
YA! AKU TIDAK BERMIMPI!
SEGALANYA KELUAR DARI MULUTMU,
MALAH ENGKAU MAHUKAN JAWAPAN YANG PASTI DARIKU,


AKU TIDAK TAHU APA YANG AKU HENDAK BERIKAN PADAMU,
CUMA KU MOHON DIKAU MEMAHAMI,
BERIKAN AKU TEMPOH, TEMPOH UNTUK AKU MENCARI SEBUAH JAWAPAN YANG PASTI,
YANG KU KIRA, KU PERLU BERFIKIR DIMANA RASIONALNYA JIKA AKU BERADA DISISIMU...


BANYAK PERSOALAN MENUNJAK-NUNJAK DIBENAK KEPALA DAN HATIKU,
LAYAKKAH AKU UNTUK BERADA DISISIMU?
LAYAKKAH AKU MENERIMA DIRIMU YANG KU KIRA BAGAIKAN LANGIT DAN BUMI BEZANYA KITA?
LAYAKKAH AKU TERBANG BERSAMAMU MEMBINA APA YANG ENGKAU IMPIKAN?
LAYAKKAH AKU MEMPERJUDIKAN SEKEPING HATI YANG TELAH KUKIRA HAMPIR 7 TAHUN KU CANTUM AGAR MENJADI SEKEPING HATI YANG KUAT, TABAH DAN SABAR?
LAYAKKAH AKU MENJADI ANAK KEPADA KEDUA IBUBAPAMU?
LAYAKKAH AKU MENJADI KAKAK KEPADA SATU-SATUNYA ADIK PEREMPUANMU?
DAN SESUNGGUHYA LAYAKKAH AKU UNTUK MENJADI SAYAP KIRIMU?
YANG AKAN BERKONGSI SELURUH KEHIDUPAN BERSAMAMU, KONGSI SEGALA SUKA DUKA BERSAMAMU?


SESUNGGUHNYA, KETAHUILAH OLEHMU,
AKU RASAKAN YANG ENGKAU ADALAH ENGGANG,
AKU HANYA SEKADAR PIPIT YANG TIDAK TAHU KE MANA ARAH TUJUANKU.
AKU TAHU KITA SAMA-SAMA PERNAH MERASA TERLUKA,
AKU JUGA TAHU YANG SESUNGGUHNYA ENGKAU SUDAH SEDAYA UPAYA MENCARI KEKUATAN UNTUK MELUAHKAN SEGALA ISI HATIMU KEPADAKU..


BUKAN AKU TIDAK TAHU, BETAPA SUKARNYA ENGKAU UNTUK MELAFAZKANNYA. BERKALI-KALI KU DENGAR KAU MENGUNGKAPKAN PERKATAAN
"YA ALLAH"
AGAR HATI DAN MULUTMU SEIRING DENGAN PENGUCAPAN YANG ENGKAU LAFAZKAN PADAKU.
PERCAYALAH! SEHINGGA KE DETIK INI,
IANYA MASIH TERNGIYANG-NGIYANG DIPENDENGARANKU.
BETAPA ENGKAU CUBA MENCARI KEKUATAN UNTUK MENYAKINKANKU.


KU POHON PADAMU, BERIKAN AKU SEDIKIT WAKTU,
UNTUK AKU MENCARI...
ERTI SEBUAH KASIH,
ERTI SEBUAH SAYANG,
ERTI SEBUAH CINTA,
ERTI SEBUAH PERHUBUNGAN
AGAR AKU TIDAK BISA MELUKAKAN HATIKU, MALAH HATIMU JUGA.
SEMOGA ALLAH MEMBERI PETUNJUKNYA!
BAIK KEPADAMU DAN JUGA KEPADA DIRI INI...


KU HARAP, DENGAN MASA YANG KITA AMBIL INI AKAN MEMBUAHKAN KETENANGAN DAN KESENANGAN UNTUK HATI MASING-MASING.
BUKANKU TAK MAHU MENJAWABNYA DENGAN SEPANTAS YANG ENGKAU MAHUKAN,
CUMA AKU MAHUKAN SEDIKIT MASA UNTUK MENCARI, MENELITI, MENGANALISIS, MENGIMBANGKAN POSITIF DAN NEGATIFNYA HALA TUJU KITA SELEPAS INI,
KU HARAP ENGKAU MEMAHAMINYA.


SATU YANG AKU BOLEH KATAKAN, "ANDAI BENAR SUDAH TERTULIS KITA BERSAMA, WALAU SEISI ALAM INI MENGATAKAN SEBALIKNYA, AKU YAKIN KITA TETAP BERSATU KERANA AKU LEBIH YAKIN DENGAN JANJI YANG MAHA PENCIPTA. DAN ANDAI SEBALIKNYA YANG TERJADI, KU MOHON AGAR KITA TIDAK BERMUSUHAN".


SYUKRAN...TERIMA KASIH AKU UCAPKAN KERANA ENGKAU MEMAHAMI KEHENDAK HATI INI.
MAAFKAN AKU,
BUKAN AKU TAK SUDI MENERIMA,
CUMA AKU MEMERLUKAN SEDIKIT WAKTU UNTUK MENCARI DAN MENELITI TENTANG HATIKU SENDIRI,
PERCAYALAH!
BUKAN AKU MENGELAK UNTUK MEMBERIKAN JAWAPAN,
TAPI AKU SEDANG BERUSAHA MENCARI JAWPAN YANG KU KIRA TERBAIK UNTUK MU, PERCAYALAH!
TIDAK ADA MANUSIA DIDUNIA INI TIDAK GEMBIRA MENERIMA LAMARAN DARI INSAN YANG KUKIRA LENGKAP UNTUK MELENGKAPI HATI INI,
TAPI KERANA KESAKITAN YANG LALU,
KU MOHON DIKAU BERSABAR,
BERSABAR DALAM TEMPOH AKU MENCARI JAWAPAN,
BERSABAR MENGHADAPI KERENAHKU,
SESUNGGUHNYA AKU TAKUT,
TAKUT SEANDAI AKU TERSILAP PERCATURAN,
TAKUT SATU MASA NANTI AKU TIDAK MAMPU UNTUK BERDIRI TEGUH SEPERTI HARI INI SEANDAINYA AKU JATUH KEMBALI SEPERTI MASA LALU..
OLEH ITU KU MOHON DARIMU..
IZINKAN AKU...
KETAHUILAH DAN PERCAYALAH OLEHMU,
ANDAI SUDAH TETULIS DIDALAM TAKDIR PERJANJIAN KEHIDUPAN KITA,
YANG ENGKAU DAN AKU AKAN BERSATU,
JANGAN KAU TAKUT MENDEPANI HARI MENDATANG,
KU TAHU BETAPA SUKARNYA ENGKAU MENUNGGU PADA SEBUAH JAWAPAN
TETAPI...
SESUNGGUHNYA, PERCAYALAH OLEHMU...ANDAI TAKDIR MENENTUKANNYA, WALAU KE PLANET MARIKH DAN ZUHAL SEKALIPUN KU BAWA DIRI DAN LARA INI,
KU PASTI KEMBALI KE PANGKUANMU.
MENJADI RATU DIHATIMU,
MENJADI SEPERTI YANG ENGKAU HARAPKAN..
DOAKAN AKU..
AKHIR KATA DARIKU...
IZINKAN AKU....



~ life-love-faith-fate ~

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © Love ~ Life ~ Fate ~ Faith | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in