~~RESEPI TURUN TEMURUN = KERABU MENTIMUN~~

Yuhuuuuuuu, Hollah! hari ni hari rajin sedunia untuk nur (peduli la kalau ada yang nak kata nur gila kentang, tamak haloba, gila trafik sebab post entry sampai dua kali) ada nur kesah? :P 


Huhuhu..yang sebenarnya mood rajin datang sebab nur dah "terbuat janji yang tak ditepati"dengan my junior masa sekolah dulu. Kesian dia tunggu nur punya resepi ni keluar kat blog. Punya la lama nur berjanji dengan dia. Nasib la dia tak mengidam sebab mengangdung ke, sampai bersalin ke. Kalau tak, tak pasal-pasal nur rasa serba-salah sehingga hujung nyawa! sorry ye ALIA! Tapi hari ni (malam ni) akak tunaikan permintaan ALIA tu. Hope you like. Jangan majuk-majuk taw!


Ok3..tak nak bebel panjang lebar. Moh ler kite ke tajuk dan tujuan asalnya. 


BARANG/ BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN.....


- sedikit halia
- sebiji bawang putih
-5 biji bawang kecil (merah)
(tumbuk kesemua bahan-bahan 
diatas sehingga sebati/hancur di dalam lesung batu)



 
- penyadat untuk mentimun
(sorry, nur tak tahu la orang bandar panggil apa
sebab nur orang kampung.huhuhu)



 
- 4 batang/biji mentimun
(yang siap dibasuh dengan suci yer)



 
- 8 biji limau (di potong dua)



 
- 4 ekor ikan kembong/selayang di rebus
(ambil isinya sahaja, kemudian gaulkan dengan 
1 sudu besar serbuk lada hitam)
(mesti ditumbuk didalam lesung batu sehingga rata dan hancur)



- setengah biji kelapa (goreng sehingga kekuningan)
- kemudian campurkan ikan kukus tadi bersama lada 
hitam ke dalam kelapa goreng ini, gaul sehingga sebati.
(JANGAN LUPA MASUKKAN SECUKUP RASA)
- GARAM HALUS, PAK AJI (JIKA MAHU), 
SEDIKIT GULA


 
- mentimun yang telah di sadat tadi 
haruslah di tos airnya di dalam tapis



- kemudian ambil mentimun yang sudah di tos
tadi masukkan ke dalam bekas besar.
(bagi memudahkan untuk menggaul)



 
- masukkan kesemua bahan ke dalam bekas mentimun.


 
- gaul sehingga rata kesemua bahan. 
- akhir sekali perah buah limau dan gaul rata.
(SIAP UNTUK DIHIDANG)
##########PENTING!!! 
PASTIKAN SEMUANYA SEBATI, 
ADA RASA MASIN, MANIS DAN MASAM 
bagi yang menyukai rasa lemak2 manis 
BOLEH masukkan 2-3 sudu besar santan





P/S: kalau mahu lagi sedap, masukkan ke dalam peti sejuk selama 20-25 minit :)




~ life-love-faith-fate ~

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © Love ~ Life ~ Fate ~ Faith | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in