~~RESEPI TURUN TEMURUN = KETUPAT SOTONG~~

Assalamualaikum..

Hollah semua. Salam Ramadhan untuk hari ke-24. Semoga kalian semua berada dalam keadaan baik-baik saja. Entry kali ni cik nur nak kongsi resepi dengan kalian. Actually, ini kali pertama cik nur berkongsi dengan kalian. Mungkin lepas ni akan adalah 2, 3 mungkin 10 resepi lagi akan menyusul. Insyaallah kalau cik nur tetiba diserang penyakit rajin. huhuhu....So, untuk pertama kalinya ni, cik nur nak kongsi resepi turun-temurun "KETUPAT SOTONG" faberet adik beradik sekian alam cik nur (memang berhantulah kami adik beradik sekian alam kalau "ketupat sotong" ada depan mata). Memang dah tak pandang yang lain lah senang cakap. Ok3...stop it!!!(malas nak citer panjang, nanti terbongkar rahsia buruk lantak kami adik beradik sekian alam:P)


Bahan-bahannya adalah: 



 
2 kg sotong 
(dibersihkan dan ditoskan dalam tapis)


 
1 tin beras pulut 
(di basuh bersih dan ditoskan dalam tapis)



 
1 biji kelapa 
(ambik santannya)


 
2 cm halia (di ketuk)
2 batang serai (di ketuk)
2 biji bawang merah kecil (di mayang halus)
~~garam secukup rasa
~~gula secubit rasa
~~pak aji pada yang menggemarinya
~~lidi (sebagai pencucuk)--->>>maaf gambar tak sempat tangkap



Cara-caranya adalah:


Masukkan 10 sudu santan kedalam beras pulut yang sudah ditoskan tadi.
Kemudian, kacau/gaul sehingga rata/sebati 
dan masukkan secubit garam sebagai perasa.



 
Setelah semuanya sebati, masukkan sedikit demi sedikit 
campuran beras pulut tadi ke dalam badan sotong.

***peringatan: JANGAN terlalu padat isiannya 
kerana ia akan membuatkan kita merasa muak apabila makan.


 
Setelah itu, pastikan kepala sotong diletakkan ditempatnya kembali 
dan cucuk lidi ditengah-tengah antara badan sotong 
dengan kepala sotong agar isian tadi tidak terkeluar.
Kemudian susun didalam periuk seperti gambar diatas.



 
Selepas itu, masukkan lebihan santan tadi 
ke dalam periuk berisi sotong yang sudah siap disusun.
Masak diatas dapur dengan api gas yang berada di tahap sederhana.

****peringatan : SILA rajin-rajinkan tangan anda untuk mengacau 
secara pelahan-lahan (agar badan sotong tidak pecah) 
untuk memastikan ketupat sotong anda tidak hangit dan melekat di periuk

***JANGAN LUPA masukkan garam secukup rasa, 
bagi yang suka guna pakaji tu, pandai-pandailah mengagaknya yer...;)


Akhir sekali, 
TADAAAAAA...siap untuk dihidangkan:D


~~SELAMAT MENCUBA~~



~~life-love-faith-fate~~


wih love: NA:)





0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © Love ~ Life ~ Fate ~ Faith | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in