HOW / WHAT DISGUSTING PEOPLE YOU HAVE AROUND "ME, YOU, THEY, WE???"

once upon the time....(wawawa…intonasi mcm nak baca buku citer utk anak buah jer...) 

 ~~SILA BACA VERSI MAKCIK2 PENYIBUK~~

“bujang : eh, BILA ko nak kawin ni? umor dah meningkat.... 
isteri: aik, TAK ADA isi lagi ke? bila nak mengndung ni? 
ibu: TAKKAN sorang je anak.....? bila nak tambah lagi?  
ibu 2 anak: laaa....TAKKAN 2 je kot.....” 


~~SILA BACA VERSI ORANG YANG TENGAH SEDIH~~

“setiap yang berlaku pasti punya hikmah.. JANGAN di tanya pada sipulan ‘BILA, KENAPA, BAGAIMANA dan  SEBAGAIMANANYA’ kerna sipulan hanya merancang dan DIA yang menentukan segalanya”


 ~~SILA BACA VERSI INSAN YANG SEDANG BERDUKA CITA~~

“hidup ni mudah..syaratnya 'jangn di tanya pada sesuatu yg tiada'..org TAK ADA anak, JANGANLAH tanya bila nak ada anak. Sebabnya org itu sendiri TAK tahu nak jawab apa..CUBA tanya pd Allah, 'Ya Allah, bila la sipulan binti sipulan ni nak dapat anak?'..kan sesuai tu..sebab manusia hanya mampu merancang! Allah yg akan menentukan segalanya. Faham2 sendiri la yerk..”


 ~~SILA BACA VERSI ORANG TENGAH MENAHAN RASA MARAH~~

“Sipulan sebenarnya ada jawapan untuk 'soalan' itu TAPI MAAFLAH sebab jawapan sipulan selalu menyakitkan hati orang yg mendengar sebab sipulan dah cukup rimas dengar 'soalan' yg sama. SEBAB kadang2 'soalan' macam tu TAK PERLU nak di tanya sangat..apa yg berlaku adalah yg terbaik dr Allah..harap maklum.....”




Assalamualaikum semua...(mood kena insaf sebab hari ni hari jumaat. Tak boleh terjah2 hollah! hollah! mcm selalu tu...) Erm, nur rasa kalian mungkin dah dapat agak isu apa yang nur nak kuarkan kat entry hari ni bila dah baca dialog2, kata2 kat atas tu kan?pada yg tak dapat agak isu apa, rajin2 kan diri teruskan membaca sampai titisan terakhir..(ayat tak bleh bla)


Saban hari mendengar serta berdepan dengan luahan, keluhan, masalah dan rungutan dari kawan2, sedara mara dan orang sekeliling TERUTAMANYA membuatkan nur terfikir untuk berkongsi entry kali ini bersama dengan kalian agar nur dapat tindak-balas serta perkongsian ilmu serta pengalaman bersama kalian...(MUNGKIN JUGA KATA2 MOTIVASI UNTUK DIRI INI). mana tahu kalian juga pernah mengalami atau berada di salah satu situasi dialog di atas tu....(pasti terasa seperti di tusuk belati yg tajam)--->>>ayat dah mcm penulis novel...tu la dia bila dok asyik baca novel jer :P


Kadang2 nur sendiri jadi tak faham dengan orang sekeliling. Kenapa nur cakap macam tu? sebabnya ada diantara salah satu, mungkin dua dari kata2 serta dialog diatas membuatkan hati ni juga sentap sebab nur juga manusia biasa. Even nur adalah bekas pelajar bidang psikologi tp tak semestinya nur senangtiasa boleh mengawal emosi. Adakalanya tetap kalah dengan kata sesama manusia...


Satu yang nur sering persoalkan pada hati dan diri nur. ADAKAH SEMUA TU MEMANG MENJADI ADAT ORANG MELAYU??MEMANG SUKA AMBIK TAHU pada hal-hal yang sebenarnya mereka sudah nampak dengan mata kepala mereka sendiri atau kata2 yang lebih tepat lagi mereka sudah "MAKLUM"...


Pada nur, hidup ni sebenarnya sangat mudah kalau kita saling FAHAM DAN HORMAT situasi orang lain. Ya..nur mengaku, nur pun bukan baik sangat dalam segala hal. Tapi berpada-padalah kalau kita nak bertanya tentang hal seseorang tu. Tengok situasi dan keadaan la...

Contoh paling senang...

## kalau kita ada kawan2, sedara mara yang dah lama kawin, tapi masih belum dikurniakan zuriat, TAK PAYAH la sibuk2 nak tanya bila nak ada anak. Sebab kita sendiri boleh nampak dengan mata kepala kita yang dia memang tak mengandung pun. Sekali sekala belajar la letakkan diri kita kat situasi org tu. Lepas tu kita akan faham apa yg org tu rasa bila kita persoalkan sedemikian rupa. (itu yg nur buat pd diri nur sebelum bertanya pd org)...dari sibuk dok tanya2..baik tolong doakan.:)

## ni contoh yg paling sakit hati sebab SITUASI ni yg nur sendiri alami sekarang dan nur tahu betapa sakitnya HATI kakak2 andartu, makcik2 terlajak mungkin juga abang2 terlajak rasa dan terluka. (terlajak kat sini mean "BELUM KAWIN WALAU USIA DAH MENINGKAT"). Straight forward boleh tak..??nur memang nak sangat cakap macam ni pada orang2 yg selalu tanya kat nur. (Ada aku kesah kalau ko nak terasa dengan apa yang aku luahkan kat blog ni? masa tnya kat aku soklan2 camtu, ko ada fikir hati dan perasaan dik non ni terluka ke, terguris ke?hehehe) haaaaaa...nur nak ckp mcm ni... 

~~ Pada yang dah kawin yg selalu soal2 ttg status org bujang ni, jangan ingat bila kalian dah kawin, kalian akan bahagia sampai x ada ombak yg dtg melanda (nur TAK  mendoakan yang tidak baik, tp jgn berlagak sangat dgn kebahagiaan yg baru sidikit dikecapi). Kalau Allah nak tarik balik, sendiri mahu ingat yer! 

~~Pada yang dah kawin dan ada anak, berpada2 la dengan setiap ayat yang dikeluarkan. Jangan sampai apa yang kalian perkatakan akan terbalik pada anak2 kalian. Sekarang semua hal dibayar cash kat atas dunia ni. jangan mudah sangat nak hentam orang kalau rasa tak tahu kisah dan situasi dan bla bla bla yg sebenarnya. Ini sesedap rasa jer cakap org memilih la. nak yang kaya la. nak yang hensome la. LUPA ke yang semua perkara kat dunia ni adalah ALLAH yang akan tentukan????kalau dik non ni dah usaha, doa dan tawakkal tapi masih belum ketemu dengan yg sebenarnya, nak buat mcm mano??mungkin ni ujiannya sebelum dapat yang sebetul2nya...dari dok kata2, ngumpat2..baik tolong doakan yang baik2..kan itu yang baik.

Ok lah, tak nak panjang2 kan isu ni walaupun padahalnya banyak lagi nak luahkan.. biarla dik non simpan elok2 rahsia dik non dan org sekeliling plak yer. luah sikit2 udah ler. Nanti bernanah telinga dan hati kalian baca kisah entry dik non ni...segala entry yg dikuarkan tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. TAPI kalau ada yang terasa pedas, makan la cili banyak2 lagi...PEACE:)

~~life-love-fait-fate~~


with love~~NA;-)


*** sorry nur terguna perkataan "aku". ter"EMO" plak wat entry kali ni..hehehehe..ampun yer:)
*** mungkin akan ada yg ckp nur pentingkan diri sendiri, BUT pada nur, sekali dua nak bertanya mungkin x ada hal. kalau dah tiap kali jumpa, tiap kali nak tnya hal yg sama, SENDIRI MAHU INGAT LA DER!!!  (sapa x suka org ambik berat, tapi berpada2 la..:)~~





2 ulasan:

miharizar

agaknye inilh penyakit yg dh lame dihidapi msyrkt kita...
sikap suke ambik tau ni kdg2 bagus tp tgok pd situasi & keadaan,kekdg hampehh...sia2..
patut x penyakit ni diubati atau biarkn aje smp bila2..
kpd yg dh akan /sdg / tlh dpt peluang manfaatkn sebaik2nya krn smue yg ada ini adalah pinjaman semata2..bila2 masa saje ia akan ditarik balik tanpa sebrg notis / peringatan..boleh jd sekrg,skjp lg,lps ni,mlm nnt,esok,thn dpn...bila2 pn sorg pn x tau..JADI BERSEDIALAH..

cahaya inspirasi

penyakit ni dah jadi barah dlm masyarakat kita sejak dulu lagi..and now! makin worse! trust me. kadang2 boleh buat org yg ada kesabaran yg tinggi, hilang sabar juga...hurm..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © Love ~ Life ~ Fate ~ Faith | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in