Day two: 10 THINGS I LOVE


Hollah!!! maaf dah lama tak update blog..kali ni bukan nak bagi alasan busy tapi "my berok" coverage dia macam hampagas...nak buka blog pun tak boleh...so, tak nak membebel banyak2 sebab hari ni nak post entry banyak2 sebab semuanya dah tergendala gara2 "my berok" buat hal..hope kalian yang menunggu dan bertanya tu happy dengan entry yang disediakan..;) 
 DAY TWO: 10 THINS I LOVE!!!

1) Aku suka sangat dengan kucing.

2) Aku suka sangat bau minyak wangi…tapi tak adalah sampai aku buat koleksi macam ac mizal tu sampai 60 botol untuk dia seorang..gila ko der…kopak poket aku kalau macam dia..
3) Aku sayang kesemua koleksi buku motivasi, novel dan cd citer korea yang aku miliki sekarang.
4) Aku suka warna biru. (boleh dikatakan dalam kategori obsess kot…) tapi x adalah sampaikan hal2 kecik pun aku mesti nak warna biru…tengok benda juga la..
5) Aku suka sangat kumpul aksesori tudung dan aku suka kumpul klip, scarf, sepit..all about things yang ada kena mengena dengan rambut la senang cakap.
6) Aku suka dengar lagu bila aku stress @ rasa down..lagu yang akan aku ulang sampai aku tertido @ banyak2 kali ialah halo by beyonce, born to make you happy by Britney spears, beautiful by Christina Aguilera dan nobody want to be lonely by Christina Aguilera ft. ricky martin dan yang terbaru HARUSLAH kan..rapuh by opik dan thank you Allah by maher zain.
7) Aku suka makan kek coklat, ais cream dan strawberry...(boleh dikatakan aku tak kan pandang sesiapa walau yang lalu depan aku tu mamat macho kalau ada strawberry depan mata aku…)so, harap maklum yer..:P

8) Aku suka tengok gambar pemandangan.
9) Aku suka baby dan budak2..senang cakap aku memang tak boleh tengok budak2 ..lagi-lagi kalau yang chubby....(siap ko budak kena picit2 dengan aku)..hahahaha
10) Aku suka weekend sebab hanya itu, hari yang aku ada untuk luangkan masa dengan family dan kengkawan.

pssssst: pada sesiapa yang masih tertanya games apa yg aku join, sila klik sini
 
~~life-love-faith-fate~~

2 ulasan:

miharizar

oo..ni bhg yg ke-2..dh mcm drama bersiri..semakin menarik..

cahaya inspirasi

kukuikui..drama bersiri pun ok juga, tiap2 minggu ber"update" sirinya..saya punya, x pun...ikut dan jer nak updated games ni..huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © Love ~ Life ~ Fate ~ Faith | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in