HOW YOU APPRECIATE YOUR PARENT'S


Hollah!! hai semua. Erm...dah lama rasanya tak keluarkan entry baru. Bukan sengaja aku membiarkan blog ni kekeringan tetapi masa yang terlalu cemburukan aku dan memburu aku untuk mengadap blog ni membuatkan aku rasa tersepit antara waktu kerja dan menulis blog yang sememangnya memerlukan aku memberi sepenuh tumpuan supaya hasil penulisan aku tidak nampak seperti carca-marba. Oklah, aku nak terus kepada entry kali ni..

Semuanya terlintas selepas aku solat subuh pagi tadi. Aku pasti kalian juga pernah terasa, terlintas perkara yang sama dihati kalian. DAN PERSOALANNYA ADALAH.."how you appreciate your parent??". Teringat kata seorang teman, "Hargailah makayah ketika makayah masih ada didepan mata dan masih boleh menegur @ menjadi pengkritik hebat kalian" kerana hanya mereka (parent) pengkritik yang aku  rasa very super dupper confirm kalian takkan membantah @ rasa macam nak bergaduh sepertimana bila ada diantara kawan2 yang tegur apa yang tak kena dengan apa yang kalian lakukan (actually ikut jugalah cara peneguran dan penerimaan kita dengan teguran kawan2).  Setakat ni pada aku, kawan2 aku semua ok  je kalau ada yang mengkritik, sebab mereka ada cara yang tersendiri...

Ok, terus pada entry yang berlegar di kepala, yang pertamanya kalian pasti takkan terkata apabila parent.......
 "KHUSUSNYA"

Yang perempuan: "AMNYA" Yang lelaki: walau tinggi mana ko belajar @ ada ilmu.. walau besar mana jawatan yang ko pegang,.. walau ko anak yang sulong... walau ko dah biasa hidup berdikari... walau ko dah ada lesen kenderaan lepas SPM sekali pun... aku percaya, bila kalian nak kuar rumah @ nak pergi mana-mana sekalipun, "makayah" lah yang akan memesan itu, ini sampaikan adakalanya kalian rasa...."eh! "Makayah" aku ni tak percaya dengan aku ke?" macam tak biasa aku pergi keluar @ pergi kursus @ kemana saja sorang2....

"KHUSUSNYA"

Yang lelaki pulak..."AMNYA" Yang perempuan: pas je dah habis SPM @ even ko dah habis degree @ PHD sekalipun..bila ko masih bujang dan baru je ada kerjaya dan masih duduk dengan parent, aku yakin yang kalian still lagi akan digegar pintu dipagi hari untuk dikejut solat subuh dan seterusnya ke tempat kerja sebab "makayah" risau ko lambat sampai opis walaupun ko sebenarnya boss dan walau ko sebenarnya dah terbiasa duduk hostel.heh..heh..heh..PERCAYA TAK?ke ada yang nak kata TIDAK??

Ni bab yang paling aku suka. Mesti semua pernah terkena (tak kira la perempuan ke, lelaki ke) Bila kalian hangout dengan kengkawan dari pagi sampai ke petang @ ke malam..perkara pertama bila kaki kalian pijak muka depan pintu rumah, gerenti "makayah" kalian tanya..dah makan ke, belum? tadi keluar dengan kawan solat tak? kalau sampai lewat petang, mesti tanya..ni solat asar dah ke lum? kalau pas magrib plak @ pas isyak..dah solat maghrib?dah solat isyak?so..kalian nampak tak betapa alert nya "makayah" kita-kita semua even kita-kita semua dah besar panjang dah? padahal dah boleh jadi mak budak dan ayah budak??..hehehe..itulah tanda kasih sayang "makayah" yang kadang2 aku sendiri mengaku, "aku boleh tak perasan..."

So, pada aku hargailah "makayah" seperti mana mereka masih ada depan mata kalian..Percayalah.!! sampai ketikanya, kalian akan rindukan semua ni bila mereka di jemput Ilahi @ sakit @ bila kalian sudah berumah bertangga dan PERCAYALAH..apa yang "makayah" kalian buat sekarang, itulah yang akan kalian praktik pada anak2 kalian satu masa nanti!

Itulah yang aku Nampak sejak kedewasaan ini dan ingin berkongsi dengan kalian…So, kalian pulak macam mana?? ada nak tambah apa2 lagi tak? sebab aku rasa kalian pun mesti ada perkara lain yang nak tambah selain apa yang aku tulis ni..Cuba kalian kongsi2 cerita dengan aku.  Nak juga kongsi pengalaman kalian . Mesti ada yang lebih best cara "makayah" kalian treat kalian. Selamat berkongsi..Aku pasti baca apa yang kalian tulis nanti..:)

~~life-love-faith-fate~~ 

2 ulasan:

miharizar

setuju sgt..yelah lg pun tanpa mereka berdua siapalah kita..
memetik kata2 prof sazali "your parents is the our best friends in this world,so please appreciate them ok"..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © Love ~ Life ~ Fate ~ Faith | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in