Day one: 10 THINGS ABOUT ME



Seperti yang dijanjikan oleh aku. tadaaa….game pertama, complete sudah!

1) Noridawati Binti Awang nama yang telah diberi oleh mak dan abah aku…yang penting i like it!! Coz, walau nama pendek, tapi banyak nama samaran..nor, nur, ida, idawati, wati..

2) Di lahirkan dan dibesarkan di Endau, Johor. Anak ke-4 daripada 5 adik-beradik. Aku ada 2 orang abang, 1 orang kakak dan 1 orang adik lelaki.

3) Sekolah pertama aku, Sekolah Tadika Kemas Bandar Endau, lepas tu aku sekolah rendah kat Sekolah Kebangsaan Bandar Endau, lepas tu aku sekolah menengah di Sekolah Menengah Agama (Arab) Kluang, Johor.

4) Pemegang Diploma Psikologi dari Kolej Dar Al-Hikmah Kajang, Selangor.

5) Aku seorang yang suka mendengar masalah orang...(dah mcm habit daaaa..), tapi bila aku sendiri ada masalah, aku lebih suka pendam. Dan oleh itu, aku mengaku itu kelemahan diri aku. BUT...now! aku sedang belajar dan medidik diri supaya berkongsi dengan kawan yang aku benar-benar percaya..kawan aku, tentulah ni.. red warrior ~~kawan yang selalu menjadi pendengar dan penasihat terbaik, kawan tempat aku menangis, melalak, ketawa, duka, gembira, melompat, bergaduh, bertekak, tengok wayang, makan, minum besama..yang akan marah dan cakap terus terang tanpa bertapis apa yang betul dan apa yang salah tentang sesuatu perkara yang aku buat...

6) Seorang yang easy going tak kira dengan sesiapa selagi seseorang itu berniat baik pada aku.

7) Kalau orang tak kenal rapat atau baru first time jumpa aku, selalunya orang akan cakap aku sombong..BUT, bila dah kenal dan jadi kawan aku, pasti kalian tahu who is cahaya inspirasi.

8) Aku lebih suka kalau orang sekeliling aku panggil aku dengan gelaran “NUR”, sebab makna “NUR” itu sendiri membawa maksud cahaya..Jadi aku mahu dan akan pastikan siapa-siapa yang berada disisi dan keliling aku akan rasa happy dengan cahaya kegembiraan.

9) Adakalanya aku seorang yang garang dan tegas dengan all my nephew and niece. Lagi-lagi segala perkara yangmelibatkan discipline dan masa depan diaorang.

10) Walau aku anak ke-4 dan ada seorang kakak, tapi bila aku hangout dengan kakak aku, pasti orang akan kata aku ni kakak kepada kakak aku sebab ketinggian aku melebihi dari kakak aku yang tingginya separas bahu aku jer..(hehehehe..sebab aku ikut keturunan sebelah abah)

Siapa yang nak tahu game apa yang aku join ni, sila klik kat sini
~~life-love-faith-fate~~

4 ulasan:

madammondoq

oo.. ini die rupanya pasal u..hehe..

cahaya inspirasi

thanks madam sudi singgah blog picisan ni..huhuhu..

miharizar

10 Things About Me..dh mcm judul filem holiwod la plak..pe2 pn very interesting..

cahaya inspirasi

hikhikhik..judul filem la sangat! jd pengarah pun tidak..hehehehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © Love ~ Life ~ Fate ~ Faith | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in