UCAPKANLAH & UNGKAPKANLAH...sekurang-kurangnya anda pernah MENCUBA!!!

 "IF YOU LOVE SOMEONE AND CARE ABOUT THEM, THEN TELL THEM TODAY BECAUSE YOU NEVER KNOW WHEN THERE WON'T BE A TOMORROW"

Hollah!!! Rindu rasanya x menulis kat blog selama 3 hari ni...Kali ni aku nak citer pasal "kisah benar"..ye..kisah benar merangkap kisah kehidupan seharian yg terjadi dlm hidup aku sebagai insan dan manusia biasa yg diberi anugerah perasaan dan juga hati. Pada aku, selagi kita bergelar manusia yg waras akal fikirannya, selagi itulah kita akan menyedari dan menikmati anugerah kecintaan di dalam hati dan juga perasaan kita.

Yea...hr ni nak ckp pasal CINTA. Apa ada dgn CINTA?? Tipu la kan klu kalian kata x pernah ada @ wujud perasaan tu dlm diri kalian. Semua org pernah ada perasaan tu. Bezanya sama ada kita sedar @ tidak dan bezanya masa kita alami perasaan tu, masa kita betul2 cukup dewasa @ tidak. 

Berbalik pada tajuk hr ni. UCAPKANLAH...UNGKAPKANLAH...ya..aku x nafikan pasti ramai yg takut nak lafazkan bila perasaan ni mula wujud @ menular dlm hati kalian kan. Apatah lagi klu yg merasakan adalah perempuan. Pasti mcm2 kalian pk dlm kepala. Yang PERTAMA, tentu2 lah kalian takut di kata "X TAHU MALU", "TAKUT KENA REJECT" dan sebagainya.. Tapi berlainan dgn aku, kalau dulu aku akan kata YES!!! Semua benar seperti yg aku tulis tu. Tapi percaya @ tidak, aku pernah memberanikan diri meluahkan isi hati dan apa yg aku rasa pada seseorg. Sebenarnya sampai skrg aku terfikir. Dari mana aku dapat kekuatan utk berkata sedemikian??? TAPI SERIUS aku katakan, selepas aku berjaya berlaku jujur pada diri dan perasaan aku sendiri, aku lebih tenang dan lebih selesa menghadapi hari2 kedewasaan aku. Semua ni bergantung pd kekuatan fizikal dan mental kalian utk menghadapinya. Sama ada kalian berani menerima jawapan positif @ negatif!!! Kedua-dua jawapan ini memainkan peranan yg tersendiri utk masa depan kalian. Akan ada yg melompat ibarat dunia ini milik kalian disaat kalian mendapat jawapan yg positif. Mungkin juga kalian akan rasa sakit pd mulanya bila kalian mendapat jawapan yg sebaliknya. Tapi PERCAYALAH!! sekurang2 nya kalian PERNAH MENCUBA UTK MELAFAZKANNYA dr kalian membiarkan ia berlalu pergi..."


Ucapkanlah SAYANG pada mereka yg kamu sayang ketika ada kesempatan. Diterima @ Ditolak bukan satu masalah besar utk dihadapi. Sekurang2 nya kalian pernah mencuba utk meluahkan apa yg kalian rasa. Di reject itu satu perkara dan pengalaman yg indah akan kalian dapat. Ia bukanlah satu dendam kesumat terhadap mereka yg tidak menerima kasih sayang kalian. Tapi AWAS!!! Jangan tersilap meluahkan apa yg anda rasa pd mereka yg kalian sudah maklum tentang statusnya.  Itu mencari masalah namanya. Aku x menggalakkan ok. Masih ramai manusia yg bujang di atas muka bumi Allah ini. Usah di sempitkan fikiran dan usah SESEKALI utk membenarkan diri digelarkan sebagai perampas kebahagiaan org. So, ingatlah wahai LELAKI, " Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja". Maksudnya kat sini bukanlah dendam yg gadis itu rasakan.Tapi semangat utk diri sendiri. Dan ingatlah wahai PEREMPUAN, " Don't try to force someone to stay in your life. If they want to go, let them go". Maknanya kat sini wahai gadis2 dan wanita2 yg dihormati...Jangan sesekali kalian memaksa seseorg utk menerima dan menyayangi kalian andai dia x mampu lakukan seperti yg kalian kehendaki kerana pd aku, biar kalian menanggung sakit sebab di  ditolak dgn baik dr kalian sakit di kemudia hari kerana pernah memaksa seseorg menyayangi kalian. Belajar lah terima hakikat walau hakikat itu pada mulanya amat memedihkan. Dan wahai wanita dan jejaka sekalian (mcm  confirm  je aku ada pengikut yg baca story ni..aduh, perasan sungguh ko nur...ingat ko Haniz Zalikha ke yg org akan baca story mory ko...hahahhaha)  PERCAYALAH!!! "EVERYTHING HAPPENS FOR A REASON. I MAY NOT KNOW WHY OR HOW, BUT GOD DOES AND THAT IS ALL THAT MATTERS!".

~~life-love-faith-fate~~

2 ulasan:

miharizar

sbl perform ucap & ungkap..sila prepare plan dlu(base on jwpn..ya / tdk)..dh dpt jwpn ikut la plan terbabit..selamat mencuba..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © Love ~ Life ~ Fate ~ Faith | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in