Sila Jaga Kesihatan Ya Kawan-kawan

Hollah!!! Hurm...oleh kerana minggu ni, minggu kesihatan aku yg agak kurang memberangsangkan, aku nak share la petua2 kesihatan yg kawan2 aku berikan utk hilangkan batuk yg x henti2..rajin-rajinlah korang habiskan membaca entry ni ye...:)


~~MADU & HALIA~~
Ahaaaa..yg ni aku mmg try la selepas hampir 3 bulan aku batuk tanpa henti mcm nak terkeluar anak tekak ni.  Sampai habis semua ubat doktor aku telan. Caranya, ambik segelas air suam, 2 inci halia dan 1 sudu besar madu. Kemudian masukkan dlm blander yg mak2, ibu2, kakak2 kalian guna kat dapur tu kan, yg utk bland buah la, lada la, bawang la..haaa..yg tu la...pastu masukkan semua bahan2 tadi. Bland sampai semuanya hancur dan sebati. Bila dah yakin semuanya dah sebati, tuang dlm gelas dan biarkan beberapa minit sampai semua sisa2 halia tadi turun @ mendap dlm gelas. Pastu minum. Kalau kalian x suka nak tunggu2 temenung depan gelas tu, apa lagi ambik je la tapis, pastu tapis. Lagi senang kan. Amalkanlah utk bbrp hari. InsyaAllah batuk kalian akan hilang.


~~MADU & LIMAU KASTURI~~
Yang ni plak senang sikit. Ambik 1 sudu besar madu, segelas air suam dan sebiji limau. Lepas tu masukkan madu dlm air suam tadi kacau sampai sebati @ rata. Kemudian perahkan limau sampai ke titisan akhir. Lepas tu minum la. Amalkan setiap hari selagi batuk kalian x hilang2.


~~KICAP & LIMAU KASTURI~~
Yang ni lagi senang. Tuang kicap manis dlm satu sudu kemudian perah sikit limau kasturi, kemudian telan mcm biasa. Senangkan? X payah korang nak cari blander bagai. Huhuhuhu


~~AIS KRIM~~
Ahaks....Yang ni mesti org kata aku x betul. Ada ke patut org batuk2, ko suruh telan ais krim nur???ko gila??nak suruh makin teruk???Hahaha...mula2 aku pun mcm x percaya dgn petua ni. Tapi bila aku cuba buat, YEAH!!! Menjadi ko...So, apa tunggu lagi korang2 yg batuk tahap gaban ni....Pergilah kedai pak mat, pak ali, mak milah, pakcik tapa, uncle tiau untuk dapatkan ais krim ok...INGAT!!! ais krim VANILA saja!!! Jgn korang g telan ais krim lain plak.Hehehe


~~NANAS MADU~~
Yezza...yg ni utk org yg paling malas la kan. Pergi la pasar, kedai, mini market, nak yg grand skit..g la serbu tesco ke, giant ke, jusco ke, carefour ke, the store ke...Rajin2 la korang sambar nanas madu tu. Kupas, potong kecik2. Kemudian mkn. Senangkan???

So, kawan2, pembaca2...SELAMAT MENCUBA!!! Utamakan kesihatan, barulah badan sihat {^_^}..


~~life-love-faith-fate~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © Love ~ Life ~ Fate ~ Faith | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in