BELAJARLAH UNTUK MENGHORMATI PABILA BERKATA-KATA

Hollah!!! Assalamualaikum utk semua. Erm, tetiba di hari Isnin ni buat aku terfikir sejenak tentang sesuatu @ lebih tepat lagi beberapa perkara yg sering terjadi dlm kehidupan harian seorg insan bergelar manusia. Mulanya aku rasa ia hanya sekadar persoalan biasa. Tapi bila diri meningkat ke usia dewasa, bila kebelakangan ini ramai diantara kawan-kawan, saudara-mara, sahabat handai mula bertanya dan mempersoalkannya pada aku "KENAPA ORG SUKA TANYA SOALAN MACAM NI?" KENAPA ORG SUKA CKP MACAM TU?" Jawapan aku pd mulanya adalah.."BIASALAH, MEMANG SIFAT MANUSIA, SUKA UTK TAHU DAN AMBIK TAHU". Tapi bila aku sendiri mula dihimpit persoalan2 seperti itu aku mula mengerti KENAPA SELAMA INI ADA YANG MERUNGUT TIDAK SELESA BILA DISOAL BEGITU...


SALAHKAH KITA BERTANYA? SALAHKAH UTK KITA TAHU @ AMBIK TAHU? SALAHKAH KALAU MEMANG SUKA BERTANYA? Walau apapun persoalannya atau bagaimana sekalipun bentuk persoalannya, jawapannya tetap sama pada aku. Tidak salah utk bertanya tapi biar kena pada tempat, keadaan, cara penyampaiannya sebab pada aku "TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR, TERLAJAK KATA, BURUK PADAHNYA". 


Sebagai manusia biasa yg sememangnya di cipta dgn penuh kelembutan dan sifat perasa dlm diri (tak kiralah lelaki @ perempuan), aku rasa kita patut sedar tentang hal2 yg sepatutnya. Apa salahnya kalau kita didik diri kita utk belajar menghormati hati dan perasaan org pabila kita berkata2 sebab aku yakin, kita sendiri tidak suka bila org lain berkata kepada kita sesedap rasa sahaja. Jadi pada aku, sebelum kita bertanya @ mempersoalkan pada seseorg persoalan yg terbenak dikepala @ difikiran, cuba persoalkan dulu soalan itu pada diri kita sendiri dgn nada yg sama kita hendak gunakan pada org lain. Pasti kita juga akan rasa tidak selesa dan menyakitkan hati.

Contoh-contoh soalan yg sering di persoalkan pada org bujang yg berumur 24 thn keatas yg belum kawin dr makcik2, jiran tetangga, kwan2 yg dah kawin:-

1) Eh! ko dah kawin? bila ko nak kawin? Ko tak ada pakwe ke? Ko tak ada makwe ke? 
 ~~~huhuhu..kalau pun excited nak tahu gunalah ayat yg berhemah sikit~~

2) Eh! ke, ko tak laku? Memilih sangat kot ko ni? @ Tu la ko,memilih sangat!!!
~~~haaaaa..ini ayat memang bikin hati panas tambah nak kecepuk je muka orang yg tanya tu tambah nak meleleh tahi telinga. Berbahasa la sikit~~~

3) Eh! ko jgn kawin lambat2, rugi...tgok mcm aku..
~~~hohoho...ini ada positif dan negatifnya..Yang positif kalau org yg ckp tu ckp elok2 ayat ni. Jadi hati pun tak sakit dan kita pun akan faham yg org tu betul2 nak kita ikut jejak langkah dia. Dia nak kita bahagia mcm dia. Tapi negatifnya kalau ayat yg dituturkan macam nak menunjuk2, macam good2 @ bagus sangat. Pada aku jangan nak menunjuk2 sangat apa yang kita ada, takut nanti sebaliknya pula yg terjadi. Biarlah berpada2.~~~

4) Eh! Tu la ko..Dulu mamat, minah tu nak, ko jual mahal..kerek...belagak bagus..nak yg handsome, cantik jerk...
~~~yang ni pada aku, aku lebih percaya dengan takdir Allah. Kita dah usaha utk kenal dgn org yg kawan, sedara-mara atau sesiapa saja kenalkan. Tapi kalau sebaliknya yg terjadi, masing2 kenalah terima hakikat. Bukankah JODOH, PERTEMUAN, AJAL, MAUT ITU TELAH DITAKDIRKAN? so, siapa kita utk melawan takdir????

***Tu la sebahagian soalan2 yg sering dipersoalkan oleh org sekeliling. Pada aku tak salah kalau nak ambik tahu tapi biarlah dgn ayat yg lebih lembut dan tak mengguriskan hati..Contohnya mcm ni (guna nama aku sendiri la kan, sebab aku pun tergolong dalam situasi2 macam ni)....

1) Nur, ko apa citer terbaru? bila aku nak rasa nasi minyak ko ni....? Tak sabar nak tengok ko hidup berdua pula... @
~~~kan elok kalau cakap lembut macam ni. Orang yg dengar pun tahu org yang bertanya tu excited nak tahu pasal diri dia~~~

2) Kamu apa citer...makcik dengar dah nak kawin ya....? @
~~~ini pun salah satunya ayat yg boleh digunakan pakai. Tak adalah sakit hati bila dengar~~~

***Hurm..kan lebih sedap bunyinya tu klu dipersoalkan dgn berhemah...Tak adalah yg sakit hati...Tapi ada pulak yg jenis satu sifatnya nak kata tak faham bahasa pun tahu lah..Yang jenis padahal baru je  tanya masa jumpa bulan lepas, tup-tup dia tanya lagi soalan yang sama..Sapa-sapa pun pada aku akan bengang, stress, tension, sakit hati dan sebagainya.. 


Yes! Aku admit, aku tak boleh nak respect yang semua org akan fikir mcm aku fikir. Tapi tak salah kan kalau semua org belajar utk hormat perasaan sesama manusia. Cuba bayangkan kalau org yang bujang-bujang ni sibuk tanya hal tepi kain @ umah tangga korang dgn soalan yang lebih dahsyat. Contohnya mcm ni...:-

1) Eh! ko apasal tak ada anak lagi? Bukan ke dah setahun ko kawin?

2) Ko ni mandul ya..dah bertahun kawin xtak ada anak..?

3) Suami ko @ isteri ko ada skandal ye dgn org lain sbb ko x bagi dia anak? @ 

4) Malangnya hidup ko ni, kawin dah nak dekat setahun, tak ada isi pun...?

***Ha.....best ke telinga korang dengar? Tak rasa bernanah ke? Tak rasa nak kecepuk ke muka org yg bertanya?? Tak sakit hati ke? Ada rasa sakit hati kan? Kalau kalian kata tak ada, maknanya memang hati batu la hati2 kalian..Mungkin juga kalian bukan manusia normal.

So, moral of the story..walau sapapun kita, tidak salahkan kalau kita belajar hormat orang dan menjaga hati org dengan lebih baik. Bukankah kalau kita cuba untuk jaga hati org, pasti org juga akan buat begitu pada kita. ADILKAN BEGITU??? 

Apa-apa pun tepuk dada, tanya hati, tanya iman. Pada aku cukup senang, sebab aku selalu amalkan sebelum tanya soalan itu pada orang, aku tanya dulu pada diri aku sendiri. Harap tak ada org yg salah anggap dgn entry aku ini. Ia sebahagian pengalaman diri aku sendiri. Siapa rasa ia memberi manfaat, just take it! Siapa rasa apa yg aku tulis ni sebaliknya, just forget it! It's about life. Kalau bukan kita yang cuba ubah pemikiran masyarakat kita sendiri, siapa lagi yang nak lakukan.


~~life-love-faith-fate~~

6 ulasan:

cIk JanNah

dear,
memang lumrah manusia punya banyak persoalan dan sifat ingin tahu. sampai kita mati pon soalan tak akan pernah berhenti. just hadapi dgn cool jer. kadang2 bls dgn jawapan jalan mati. means sampai dia tak boleh tya at the end

heeeee
:P

cahaya inspirasi

betul kak, saya sokong!! dulu2 rasa mcm stress jer jumpa or berdepan dgn org2 mcm ni...tp skrg lebih cool..mmg saya bg jawapan yg org akan diam lepas tu...hehehe..tp still berhemah lah...;-)

Fahmi API

hye, sesetengah owg mmg cam tu, banyak soal..

rajin2 lawat la blog saya plak..heheh

http://blogbebudakbiasa.blogspot.com/

cahaya inspirasi

hai fahmi..terima kasih sudi singgah dan ikut blog saya..i will follow u too:)

miharizar

so yg terbaik fikir dulu sbl berkata2...
sbb tu tuhan kurnia kita mulut 1 je bukan 2 3 & telinga dua..knp?utk ape?sbb ape?..renung2kn..

cahaya inspirasi

yup! "pk dulu sblm berkata2" suka statement ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © Love ~ Life ~ Fate ~ Faith | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in