life^^love^^faith^^fate

KEHIDUPAN (life) bukanlah sesuatu yg mudah utk ditangani setiap hari..semakin hari, semakin meningkat kedewasaan, semakin meningkat kematangan aku dlm menjalani dan meladani permasalahan dan perjalanan kehidupan ini. Adakalanya amat sukar utk memahami setiap perkara yg berlaku dlm kehidupan seharian. Semakin lama menjalani kehidupan, semakin banyak perkara baru yg perlu dipelajari dan dihadapi.. Itulah namanya kehidupan..

CINTA (love) adalah sesuatu yang amat sukar diramal dan bilakah ia akan menjelma dan wujud. Hakikatnya ia sering dtg dlm kehidupan tanpa kita sedari dan tanpa sempat kita bersiap sedia..Itulah dimanakan cinta...sejak meningkat dewasa..berdepan dgn kerenah manusia dan ragam permasalah teman2 seperjuangan..aku mula mengerti satu perkara..knp Allah tidak mentakdirkan aku utk merasai nikmat bercinta semula..dan knp aku masih belum berumah tangga seperti kebanyakkan teman2....mugkin ada sbbnya tersendiri dan apa yg pasti masih byk persediaan yg mungkin belum aku sedia dlm diri dr segi fizikal dan mental..bila kehidupan sehariku berdepan dgn permasalah teman2, aku mula mengerti bahawa dunia kecintaan dan dunia kasih sayang serta lebih tepat lagi dunia perkahwinan bukanlah sesuatu yg amat mudah utk aku hadapi...pelbagai permasalahan yg menanti disepanjang perjalanan.. Apa yang pasti segalanya bergantung kpd KEPERCAYAAN, KEIKHLASAN, KEJUJURAN, KESETIAAN, KEFAHAMAN, TOLERANSI DAN KEYAKINAN DIRI YANG TEGUH, SERTA RASA TANGGUNGJAWAB DALAM SEBUAH PERHUBUNGAN.. Siapa yg berjaya mendayung bahteranya sehingga ke hujung walau di timpa ombak dan badai, dialah yg akan memenanginya.... Semoga teman2 ku kuat, tabah dlm menghadapi dunia kecintaan mereka...

KEPERCAYAAN (faith) adalah sesuatu yg amat sukar utk kita dapat dr sesiapa saja..terlalu mahal harga yg kita perlu bayar dlm mendapat kepercayaan...x kira dlm perhubungan, kekeluargaan, persahabatan dan dunia kerjaya...semuanya memerlukan keyakinana diri yg teguh dan betapa kuatnya kita sebagai insan utk meyakinkan org sekeliling kita utk menaruh kepercayaan kepada kita..

TAKDIR (fate)  ia adalah sesuatu yg sering dipertikaikan oleh manusia...sedangkan sebagai manusia sejak kita lahir mmg telah tertulis setiap takdir utk kita..tp sebenarnya kita masih diberi peluang utk merncuba utk merubah takdir kita...bukan sekadar hanya menerima sahaja apa yg tertulis...selagi kita berusaha, kita tetap ada peluang...jadi pergunakanlah peluang yg kita ada sebaik2 nya...


~~~life-love-faith-fate~~~

2 ulasan:

miharizar

Bbrp org pakcik pernah berkata pada..kehidupan ini adalah sebuah sekolah..katanya lagi cinta pula boleh jd disenangi / pun membebani diri membawa ke bahagia / sebalinya...apa yg dilihat + didengar + dialami + difikiri memberi kesan pd kepercayaan itu...takdir & tadbir begitu rapat, kekdg takdir & tadbir selari,namun acapkali takdir & tadbir bersalahan..ttp yg pasti takdirlah yg sentiasa mengatasi tadbir..

cahaya inspirasi

betul tu..saya sokong kata2 encik miarizar. apa2pun terima kasih atas pendapat dan kata2 itu..appreciate it!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © Love ~ Life ~ Fate ~ Faith | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in