RESEPI TURUN-TEMURUN: CHEESECAKE BISCUIT @ CHEESEKUT

Assalamualaikum....

hai reader! kekok pula dah lama tak updated blog. sorry semua.. aku sibuk (alasan yang sering dan kerap diberikan :( ). nak buat camner? itu saja alasan paling kukuh boleh diberikan.. sibuk sebagai pekerja + sibuk sebagai student! (tanggungjawab baru)..

anyway, aku tak nak menaip panjang berjela.. this post just for sharing my latest recipe "CHEESECAKE BISCUIT"

bahan-bahan yang diperlukan :-

1 kg cream cheese (any brand. yg penting HALAL)
1 tin susu pekat manis (any brand)
1 bungkus biskut LEE (SPECIAL CRACKERS) 
1 bar coklat masak (any brand. yang penting HALAL)
1 botol susu dutch lady LOW FAT (sederhana)
1 peket nestum (original)
buah sebagai hiasan... (ikut selera)

mula-mula cairkan coklat bar dalam bekas dengan api yang kecil. kacau rata sampai cair. CI tambah 5 sudu besar air panas

mixer cream cheese sampai cair.
#jika crem cheese berada di tempat beku..sila keluarkan dahulu selama 30-45 minit supaya ia lembut dan mudah untuk mixer nanti.

bila cream dah hancur semuanya masukan sedikit demi sedikit susu pekat sehingga sama rata

pastikan cream cheese dan susu pekat menjadi seperti ini.

kemudian bahagi dua acuan cream cheese bersama susu tadi. separuh biarkan ia berwarna putih saja. separuh lagi campurkan dengan coklat yang sudah dicairkan tadi. mixer cream cheese bersama acuan coklat sehingga sebati.

sehingga menjadi seperti ini...

ini dua bahagian acuan yang sudah sebati...

kemudian tuang susu low fat ducth lady ni dalam mangkuk.
#jangan isi semua

DAN

bersama biskut special crackers ini


Celup sebentar sahaja. tak perlu lama sehingga patah atau lembik. nanti cheesecake biscuit anda tak menjadi

#step seeterusnya#

*ambil bekas aluminium foil ikut size kesukaan masing-masing..
*tuang cheese layer putih selapis kemudian susun kepingan biskut crackers yg sudah di celup dengan air susu selapis dan ulangi step yg sama sehingga selesai
*kemudian masuk dan simpan dlm peti sejuk semalaman. esoknya tabur nestum dan tabur potongan buah strawberry atau apa sahaja buah (like kiwi, blueberry) serta bijian coklat warna warni... ikut kesukaan dan keselesaan masing-masing :)

#begitu juga untuk yang perisa coklat. aku dpt 1 kg cream cheese utk 2 bekas aluminium foil ni. satu perisa original cream cheese. 1 perisa coklat



TARAAAAAAA.....














maaf sempat ambil gambar cheesecake biscuit perisa cheese original saja. yang coklat dah licin dulu :)

bagi yang mahu buat sikit sahaja. boleh ikut ni :-

500g @ 250g cream cheese (any brand. yg penting HALAL)
1/2 tin susu pekat manis (any brand)
1 bungkus biskut LEE (SPECIAL CRACKERS) 
1 bar coklat masak (any brand. yang penting HALAL)
1 botol susu dutch lady LOW FAT (sederhana)
1 peket nestum (original)
buah sebagai hiasan... (ikut selera)

SELAMAT MENCUBA SEMUA...

~LOVE-LIFE-FAITH-FATE~

RESEPI TURUN-TEMURUN: SAMBAL KACANG

Assalamualaikum....

hai..hai..hai...buat apa je kalian semua tengah-tengah cuti ni? (lagi best layan cuti tengah cuaca hujan saja memanjang..hikhikhik..sejukkkkkkkkkkk).



oleh kerana hari ni aku ada sikit masa terluang, mahulah rasanya share resepi rahsia bonda tercinta. resepi sambal kacang versi bonda. AWAS ya! ini bukan resepi sambal kacang yang kita makan time pagi raya tu dengan nasi impit ya. ini resepi sambal kacang special come from mommy kitchen ..hehehe.. 28 tahun aku membesar dengan sambal kacang ni, rugi rasanya kalau tak abadikan ia dalam bentuk tulisan (kot-kot la cucu cicit CI nanti nak meneruskan resepi turun-temurun ni. bolehlah diaorg tengok belog nenek dia..wahahaha..:P)



actually, resepi kacang ni lebih sesuai untuk dimakan bersama ulam-ulaman kampung (ceh! macam la ada nama ulaman bandar..kehkehkeh). ok la, malas la nak babel-babel panjang-panjang berjela, mempersembahkan.....RAHSIA KECINTAAN SAMBAL KACANG SEDARI ZAMAN HINGUSAN...




taraAAAAAAAAA..................................................



bahan-bahan yang diperlukan :-

> 6 biji bawang merah kecil
> 1 @ 2 biji bawang besar
> 15 biji ladang kering (ye ke biji? ke ulas? ala...korang faham-faham sendiri la. CI pun tak tahu la). oh ya! siapa yang suka makan pedas sampai berasap telinga, bolehlah letak banyak-banyak. terpulang pada selera korang ;)
> 1/2 kg kacang (bukan kacang rebus ye...)
> gula secukup rasa
> garam secukup rasa
> serbuk perasa (kalau siapa-siapa yang suka letak la pak ajinamoto)
> 4 keping gula melaka/ gula kerek (orang kelate kata)
> sayur kangkung, kacang panjang, pucuk seroja, daun gajus, pucuk ketenggek, (dan ulam-ulam kampung yang lain..ikut suka tekak korang la nak telan apa..citarasa masing-masing..huhuhu)

cara-cara membuatnya :-



~ bakar semua bawang merah kecil dan bawang besar diatas api supaya menjadi kekuningan seperti gambar diatas.(aku letak jer atas dapur gas, susun elok-elok kat tepi-tepi api tu). kemudian, bila bawang-bawang tadi sudah kekuningan, ada hangit sikit, garing sikit, (masa bakar ni, bawang-bawang ini mengeluarkan bau yg wangi sikit) ambil ia dan potong kecil-kecil bawang yang telah dimasak tadi supaya mudah untuk di tumbuk didalam lesung batu nanti.

~ goreng lada kering didalam kuali sehingga nampak garing sedikit macam gambar diatas juga.

~ kemudian kesemua bahan-bahan yang telah dibakar/digoreng tadi akan di tumbuk didalam lesung batu sehingga hancur seperti kita mengisarnya dalam blander. (kalau nak guna blander pun boleh untuk kisar semua bahan-bahan ni. tapi aku lebih suka pakai lesung batu sebab time makan ada rasa nikmat yang lain sikit bila menggunakan blander..huhuhu)





~ goreng kacang sehingga masak.

~ kemudian ramas kacang yang telah digoreng untuk membuang kulitnya. (AWAS YA! JANGAN KATA aku TAK INFORM AWAL-AWAL.. kalau kacang masih panas, sila pakai sarung tangan supaya tangan korang tak melecur)




~ 4 keping gula melaka ini kemudiannya dipotong hancur dan digaul bersama bawang yang telah ditumbuk/ diblander tadi bersama lada kering




~ kacang yang telah diasingkan kulitnya tadi, kemudian ditumbuk sehingga hancur mengunakan batu lesung. jika mahu guna blander kering, boleh juga.(tapi macam aku tulis tadi, aku lebih suka guna lesung batu dari mengguna blander)

~ nak buat iklan kejap! sebenarnya, apa-apa makananlah. kalau kita kisar menggunakan lesung batu, ia lebih sedap sebenarnya! rasa kekampungan itu  dalam masakan akan lebih terasa kenikmatannya! ~




~ bawang dan gula yang telah hancur tadi akan menjadi seperti diatas setelah digaul kesemuanya.

~ bila kesemua bahan-bahan (bawang, ladang kering, gula melaka) semuanya sudah sebati, masukkan kacang yang telah hancur tadi ke dalam acuan. kemudian gaul rata sehingga semuanya sebati. jangan lupa letakkan juga garam, serbuk perasa (jika mahu), gula (jika tidak memadai dengan gula melaka).

~ bila semuanya sebati, rasa manis, pedas, masin ada, bolehlah dihidangkan untuk dimakan. selebihnya boleh disimpan didalam bekas kedap udara untuk disimpan didalam peti sejuk (bukan di bahagian PETI BEKU ya). jika mahu makan lagi bolehlah dikeluarkan. selalunya sambal kacang ni boleh bertahan didalam peti sejuk  selama 3-4 minggu. kiranya sebulanlah =D (jika dijaga seeloknya) 





~ sambal kacang tadi boleh dihidang bersama ulam-ulaman ya. kali ni aku celur/rebus kacang panjang bersama kangkung sebagai hidangan ;)

~ jangan lupa juga...nasi panas bersama ikan goreng...perghhhhhhh...hujan-hujan layan sambal ni memang boleh bertambah nasi 2,3 pinggan ni..wahahahaha....

ok. itu saja nak share. mudah saja bukan?

~ SELAMAT MENCUBA ~


~LOVE-LIFE-FAITH-FATE~


bestnya kalau dapat satu!

Assalamualaikum.. 

Hai..hai...hai semua...ok hari ni kita beralih selera entry kita kepada barangan koleksi peribadi yang menjadi idaman hati setiap manusia. (bosan juga kan asyik-asyik dengar cerita aku menceceh pasal makan, resepi, masalah sejagat dan seangkatan dengannya..hikhikhik). Yok kita bertukar selera...


Dewasa ini, ratusan malah ribuan lambakan design camera dah mula memasuki pasaran Negara TERCINTA kita. Tapi sebagai manusia yang sangat memilih dengan koleksi yang melambak dipasaran membuatkan aku jadi sukar untuk mendapat sesuatu yang tepat dengan citarasa diri sendiri. (kadang-kadang jealous tengok kawan-kawan seangkatan memiliki camera impian macam pilih tudung di lambakan lelongan :p) 


Dan setelah berhari-hari diterjah oleh iklan SAMSUNG GALAXY CAMERA di kaca tv membuatkan jiwa aku kacau-bilau sampai menjejes-jejes air mata nak memilikinya (hyperbola gila statement! memang tak boleh blah!). Dengan kuasa sepantas kilat sebab tak mampu lagi menahan perasaan asyik terkenang-kenang hingga terbawa-bawa dalam mimpi (statement macam SAMSUNG GALAXY CAMERA dah ada dalam genggaman. ish..ish...ish...), CI dengan majunya meng"google" laman sesawang SAMSUNG untuk melihat kecanggihan SAMSUNG GALAXY CAMERA


Jadi, dengan berbekalkan semangat yang belum turun-turun lagi, sukalah aku nak berkongsi dengan kalian keCINTAan terbaru aku. hikhikhik..oh! sungguh mencairkan jiwa raga... HEY... YOU MR SAMSUNG GALAXY CAMERA! WHY YOU SO OHSEMMMMM MEY???? (nampaknya ini dah termasuk dalam wishlist 2013 aku nih!)


Lai...lai..lai...mari kita menCUCI mata ....














































































































OK..itu je nak share dengan kalian hari ni.

**eh! ada siapa-siapa yang dah memiliki SAMSUNG GALAXY CAMERA ni?? kalau ada, boleh la share perasaan kalian kat ruang komen dengan aku... boleh juga share harga pasaran yang kalian dapat. (setakat ni aku tengok komen-komen orang yg kat FACEBOOK SAMSUNG MALAYSIA harganya dalam lingkungan RM1799-RM1899). share juga apa KELEBIHAN dan KEHEBATAN gadjet CANGGIH LAGI OHSEMM ni. kot-kot la boleh menambahkan lagi perisa jealous dihati aku :P


Sehingga ketemu lagi di lain entry..

~love-life-faith-fate~

thanks for reading ;)


****NANTI KALAU SAMSUNG GALAXY CAMERA ni dah berada dalam genggaman, aku akan share kenapa aku suka dengan camera ni =D
****ada siapa-siapa tak yang sudi nak bagi SAMSUNG GALAXY CAMERA ni sebagai hadiah kat aku =D 
****KREDIT ALL PICTURE TO SAMSUNG MALAYSIA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © Love ~ Life ~ Fate ~ Faith | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in